“Bila Berjiran Dengan Mak”- Ibu Pening Anak Tak Lekat Duduk Di Rumah, Suka Menempel Dengan Nenek [Video]

Datuk dan nenek sinonim dengan sifat penyayang terhadap cucu yang luar biasa, malah boleh dikatakan apa sahaja permintaan pasti akan ditunaikan.

Bukan hanya itu, setiap kali pulang sahaja ke kampung pasti setiap kerenah cucu-cucu akan dilayan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan rumah datuk dan nenek menjadi kegemaran anak-anak.

Ibu pening lihat telatah anak suka duduk rumah nenek

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki ini apabila dia sering ke rumah nenek sehingga membuatkan si ibu pening dengan telatahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dilla Niky di TikTok, wanita ini memaklumkan dia hidup berjiran dengan ibu bapanya. Keadaan ini menyebabkan si anak gemar duduk di rumah nenek mereka.

Dalam video tersebut kelihatan anak lelaki Dilla sedang mengemas barang-barang yang ingin dibawa ke rumah neneknya.

Siap bawa baju sekolah dan beg tido rumah nenek

Malah dia turut membawa sebuah beg dan juga baju sekolah untuk ke rumah neneknya.

“Kenapa jadi macam ni? Dah pukul 10.30 malam nak ‘lari’ rumah. Aku tak fahamlah anak aku ni.

“Pukul 10.30 malam nak pergi tidur rumah nenek,” kata ibu sambil si anak hanya tersenyum.

Rumah nenek di depan rumah ibu sahaja

Sebaik selesai mengemas barangannya, dia kemudian menaiki basikal untuk ke rumah nenek yang sebenarnya hanya berada di hadapan rumah mereka sahaja.

Manakala si ayah sempat berpesan untuk berhati-hati kerana perjalanan yang ‘jauh’ dengan nada gurauan.

Telatah kanak-kanak itu membuatkan kedua ibu bapanya terhibur meskipun pening dalam masa sama kerana setiap fasiliti seperti televisyen, internet telah disediakan namun si anak masih memilih untuk ke rumah nenek.

Sempat lambai sebelum tutup pintu rumah nenek

Di hujung video si anak sempat melambai ibu bapanya dari rumah nenek sebelum menutup pintu.

“Ya Allah macam inilah keadaan bila berjiran dengan mak, anak-anak tak pernah ada rumah.

“Seminggu sekali je tidur rumah mommy,” katanya dalam video.

Si ibu juga turut tertanya-tanya apakah perkara yang sangat menarik ada di rumah nenek mereka sehingga kanak-kanak itu jarang berada di rumah.

“Anak ramai tapi tak duduk rumah, dari kecil sampai besar duduk dengan nenek. Apa ada rumah nenek, mommy pun tak tahu. Istimewa apa lah dekat sana sampai tak nak duduk rumah dengan mommy,” tulisnya secara berseloroh di ruang kapsyen.

@dillaniky2505

Ank ramai tapi x duduk rmh 🤣 dari kecik sapa besor duduk dgn nenek blake 😄😄😄 nape ada rmh nenek mommy pun xtahu. Istimewa apa lah sana sapa xboh duduk rmh dgn mommy #fypシ

♬ original sound – Dilla Niky – Dilla Niky

Ramai kongsi pengalaman sama ketika duduk rumah nenek

Melihat di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi pengalaman apabila rumah berdekatan dengan kediaman datuk dan nenek.

Malah ada yang turut melakukan hal yang sama dan tidak kurang juga ada yang menjelaskan ianya kerana nenek dan datuk gemar melayan cucu.

“Samalah anak kita macam tu juga, sebelah rumah je tapi kalau kena marah dengan nenek baru balik. Kena marah dengan mak lari rumah nenek pula”

“Saya dulu jalan 20 langkah je sampai rumah nenek, bangun pagi ada siap dah makan”

“Sebab umah nenek ada makanan, nenek layankan je”

Recent Posts

  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

58 mins ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

1 hour ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

4 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

5 hours ago