JAKIM Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Kepada Tiga Masjid Utama

Umum mengetahui kempen #GengSubuhMacamJumaat diilhamkan oleh penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar pada November yang lalu.

Ia merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh Alif bagi menggalakkan orang ramai mengimarahkan masjid pada waktu solat Subuh.

Kempen ini ternyata mendapat sambutan paling hangat pada 20 Januari (Sabtu) yang lalu di mana sebanyak 12,000 jemaah hadir bagi menunaikan solat Subuh di Johor melalui Program Semarak Subuh anjuran kerajaan negeri sehinggakan ia terpaksa dilakukan sebanyak dua sesi berikutan jemaah yang terlalu ramai.

12,000 Jemaah Solat Subuh Di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru Pagi Tadi (20 Jan 2024) Dianggarkan lebih 12,000…

Posted by BuzzKini on Friday, 19 January 2024

Kempen Bakal Diperluas Kepada Tiga Masjid Utama

Terbaharu, sebagai menyokong usaha Alif yang menggerakkan kempen #GengSubuhMacamJumaat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memperluaskan pelaksanaan kempen ini kepada tiga masjid utama di bawah pentadbirannya bermula pada minggu hadapan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, tiga masjid tersebut adalah Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara sebelum ia diperluaskan kepada masjid yang lain.

Ia akan dilaksanakan di peringkat persekutuan ekoran kejayaan kempen tersebut yang dijayakan oleh Alif dan kejayaan Program Semarak Subuh di Johor itu.

“Kita akan gerak ke tiga buah masjid ini untuk menyokong sebab masjid yang saudara Alif buat pun di Bukit Damansara juga adalah masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

“Kita akan adakan bermula 27 Januari ini, insya-Allah akan berterusan dan akan bergerak di masjid yang akan kita tentukan nanti.

“Kita akan bekerjasama untuk kebaikan kepada sesiapa sahaja yang mengajak kepada kebaikan, sebab itu saya harapkan golongan muda dan belia macam Alif Satar dengan pangkat yang dia ada sebagai selebriti mampu membawa anak-anak muda ini (ke masjid),” kata beliau yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sekadar info, Kerajaan Negeri Johor pada 20 Januari (Sabtu) yang lalu berjaya menghimpunkan 12,000 jemaah melalui Program Semarak Subuh dan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru.

Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid yang mula dilaksanakan pada 5 Januari lalu membabitkan pelaksanaan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM560,000 membabitkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh Johor.

Baca Artikel Berkaitan: “Inilah Influencer Sebenar” – Misi Alif Satar Ajak Orang Solat Subuh Di Masjid Seperti Solat Jumaat Buat Netizen Kagum

Baca Artikel Berkaitan: Lancar Kempen #GengSubuhMacamJumaat, Alif Satar Tidak Kisah Pandangan Negatif Setengah Pihak

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

5 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

9 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

9 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

9 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

10 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

10 hours ago