“Dah Macam Autoshow” – Tular King Myvi Terpacak Tengah Jalan Di Johor Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Sebut sahaja kereta Perodua Myvi, pasti ramai rakyat Malaysia tahu akan jolokkannya sebagai ‘king of the road’.

Manakan tidak, selain keberadaannya di atas jalan raya yang banyak, Perodua Myvi juga sering tular di media sosial dengan pelbagai isu seperti kemalangan, road bully dan sebagainya.

Tular video Myvi terpacak di tengah jalan raya di Johor Bahru

Terbaharu, Perodua Myvi sekali lagi berjaya mencuri tumpuan ramai selepas tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan ‘king’ itu yang seakan melakukan aksi ‘Willy’ seperti sebuah motosikal.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @khali_1801, kelihatan kereta Perodua Myvi generasi ke-3 itu terpacak di atas pembahagi jalan.

Terpacak sebab langgar tiang di atas pembahagi jalan

Meskipun punca kemalangan tidak diketahui, namun kelihatan kereta tersebut berada dalam keadaan sebegitu kerana melanggar sebuah tiang yang ada di atas pembahagi jalan itu.

Difahamkan, kemalangan jalan raya melibatkan Perodua Myvi itu berlaku di Larkin Perdana, Johor Bahru, Johor.

Setakat artikel ini ditulis, video tular berdurasi 17 saat itu sudah mendapat lebih 48,000 tanda suka dan sekitar 799,400 tontonan.

Netizen beri pelbagai reaksi, dakwa Myvi jarang mengecewakan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata aplikasi TikTok memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan netizen memberi komen menghiburkan dengan berseloroh bahawa Perodua Myvi jarang mengecewakan dengan pelbagai isu yang tular.

Malah tidak kurang juga yang mendakwa kereta tersebut kelihat seperti sedang memarking dalam keadaan ‘menongkat’ seakan sebuah motosikal.

Pernah tular Myvi angkut Sofa letak atas bumbung kereta

Sebelum ini, sebuah Perodua Myvi telah meraih perhatian ramai selepas tular satu video yang memaparkan gelagat pemandu kereta terbabit yang meletakan sofa di atas bumbung ketika memandu.

Dalam video, turut kelihatan sofa yang dibawa oleh pemandu berkenaan telah dibalut menggunakan ‘wrapper’ bersama dengan bumbung kenderaan berkenaan untuk mengelakkannya daripada terjatuh ketika bergerak di atas jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan:King Buat Hal Lagi!’- Tular Myvi Selamba Letak Sofa Atas Bumbung [Video]

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 hour ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 hours ago