fbpx

‘King Buat Hal Lagi!’- Tular Myvi Selamba Letak Sofa Atas Bumbung [Video]

Tindakan Myvi itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian orang ramai, malah segelintir daripada pengguna kenderaan tersebut turut berkongsi pengalaman mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerete jenis Perodua Myvi merupakan antara kenderaan yang paling popular di Malaysia. Bukan hanya kerana ia antara salah satu kenderaan yang sering digunakan kebanyakan masyarakat sebaliknya mereka juga terkenal dengan pelbagai ragam dan ‘perangai’.

Malah kerana banyak perkara yang berlaku membabitkan kenderaan Myvi ini, model Perodua ini turut mendapat gelaran sebagai ‘King’ di jalan raya.

Lebih mengejutkan kadang kala beberapa perkara atau kejadian yang berlaku itu sukar untuk diterima akal namun tiada yang mustahil jika kereta yang dipandunya adalah Myvi.

Tular video Myvi angkut sofa naik atas bumbung kereta

Baru-baru ini, tular di TikTok video dikongsikan oleh seorang pengguna, Papa Lan yang menunjukkan gelagat pemandu Myvi sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut Papa Lan sedang memandu kenderaanya sambil menjelaskan dia tidak memahami sikap para pemandu yang membawa Myvi.

Ini kerana, mereka sering dilihat bergaduh sesama sendiri dan juga beberapa kejadian yang tidak disangka-sangka.

Sebagai contoh kenderaan Myvi berwarna merah yang berada di lorong sebelahnya pula dilihat meletakkan sebuah sofa panjang berwarna kelabu di atas bumbung keretanya.

“Kalau pergi mana-manakan Myvi gaduh dengan adik beradik (kenderaan sejenis), ni Myvi angkat sofa dekat atas.

“Aku pun tak fahamlah kadang-kadang, Myvi memang suka buat hal ya Myvi?” soalnya sambil ketawa.

Sofa tersebut turut dibalut dengan kemas pada bumbung kereta agar tidak terjatuh

Dalam video, turut kelihatan sofa yang dibawa oleh pemandu berkenaan telah dibalut menggunakan ‘wrapper’ bersama dengan bumbung kenderaan berkenaan untuk mengelakkannya daripada terjatuh ketika bergerak di atas jalan raya.

Mengintai di ruangan komen, ramai pengguna kereta Myvi turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah membawa barangan rumah dengan kenderaan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat mungkin pemilik kenderaan itu baru sahaja berkahwin dan mempunyai kekurangan duit untuk menyewa lori bagi memindahkan barangannya.

“Mungkin baru kahwin, dapat beli sofa tapi penghantaran lori mahal”

“Sofa je tu. Aku pindah rumah bawa barang guna Axia. Katil, tilam, peti ais, mesin basuh, sofa semua pakai Axia”

“Weh myvi aku dulu bawak meniaga je sumbat habis payung, meja lipat, nasib dekat luar tak buat macam ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.