fbpx
Now Reading
Tindakan Bezza Cucuk Kereta Depan Di Garisan Berkembar Undang Kecaman [Video]

Tindakan Bezza Cucuk Kereta Depan Di Garisan Berkembar Undang Kecaman [Video]

Menerusi video yang tular kelihatan kereta Bezza tersebut mengikut kenderaan di bahagian depan pada jarak yang dekat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pengguna jalan raya untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa sedang memandu bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir daripada pengguna jalan raya yang bertindak mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan kepada orang lain.

Tular video Bezza cuba memotong di garisan berkembar

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan aksi tidak bertanggungjawab sebuah kenderaan Perodua Bezza yang cuba untuk memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan kereta Bezza berwarna coklat itu sedang mengekori rapat sebuah Perodua Myvi warna ungu di hadapannya.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, kereta Bezza itu juga dilihat seperti ingin memotong kenderaan di depannya sewaktu berada di garisan berkembar.

Malah ada ketika, sebahagian daripada keretanya turut memasuki laluan yang bertentangan. Perkara ini secara jelas amat berbahaya serta boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak dingini.

Jalan selekoh bahaya boleh bertembung dengan kereta bertentangan

Apa yang lebih bahaya, keadaan jalan yang dilalui kenderaan berkenaan mempunyai selekoh yang tajam serta berbahaya yang dikhuatiri boleh menyebabkan pertembungan dengan kereta lain dari arah bertentangan.

Dipercayai kereta Bezza dan Myvi itu dari kelab kumpulan kereta yang sama dan sedang berkonvoi.

Walau bagaimanapun, kami tidak menjumpai video asal rakaman tersebut sebelum ia menjadi sohor di X.

Ramai kecam tindakan Bezza yang disifatkan bahaya

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan kereta Bezza berkenaan dan berpendapat tindakan itu akan menyebabkan kemalangan kepada pengguna lain.

Malah ada juga yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan kepada kenderaan terbabit kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

“Polis Diraja Malaysia elok ambil tindakan dekat pemandu Myvi, Bezza dan juga yang rakam macam tengah bawa kereta main telefon ni. Semua bahayakan nyawa orang lain”

“Double line tu dik, bawak kereta elok-elok boleh tak?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.