fbpx
Now Reading
Myvi ‘Lowered’ Sehingga Keluar Percikan Api Ketika Di Jalan Raya Raih Perhatian Ramai [Video]

Myvi ‘Lowered’ Sehingga Keluar Percikan Api Ketika Di Jalan Raya Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut keadaan bumper kereta yang terlalu rendah telah menyebabkan ia bergesel dengan jalan sehingga mengeluarkan percikan api.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap individu mempunyai minat yang tersendiri dalam beberapa perkara sebagai contoh menghias kereta.

Malah ada juga yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk menghias kenderaan mereka demi kepuasan diri sendiri.

Sebagai contoh ada mengubahsuai bahagian lampu, tayar termasuklah merendahkan kenderaan agar ia lebih ‘aerodinamik’ dan kelihatan menarik apabila di atas jalan raya.

Kereta Myvi ‘lowered’ raih perhatian ramai

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pemilik Perodua Myvi yang telah merendahkan atau ‘lowered’ keretanya sehingga ia meraih perhatian ramai apabila meluncur di jalan raya.

Menerusi video dikongsikan oleh @mdnshrl di TikTok, dia yang dipercayai pemilik kepada kenderaan Myvi berwarna merah itu turut menghias beberapa bahagian kenderaannya seperti bahagian lampu belakang, sport rim, tayar, ekzos dan banyak lagi.

Keluar percikan api ketika meluncur di jalan raya

Bukan hanya itu, dia juga turut memaparkan keadaan Myvi yang telah direndahkan semasa ia meluncur di jalan raya sehingga keluarnya percikan api dari bawah kereta tersebut sepanjang jalan.

Ia dipercayai berlaku apabila bahagian bawah bumpar kenderaan tersebut bergesel di jalan raya sehingga menghasilkan percikan api.

Walau bagaimanapun, kereta tersebut dilihat tidak dipandu secara laju dan lampu belakangnya pula berkelip-kelip menghiasi kenderaan berkenaan.

Mdnshrl dalam video itu turut menggunakan suara latar tular di TikTok yang sedang membebel mengenai kereta ‘lowered’.

Turut kongsi kereta lain yang keluar api ketika di atas jalan raya

Dalam beberapa lagi video lain, Mdnshrl turut menunjukkan beberapa aksi kereta Myvi tersebut ketika di atas jalan raya. Malah ada juga kereta Myvi lain yang direndahkan dan menghasilkan percikan api yang sama.

Bukan hanya itu, dia juga ada menunjukkan kenderaan Myvi berwarna merah turut memenangi beberapa piala ketika memasuki pertandingan di Kota Kinabalu, Sabah.

Ramai sifatkan ia bahaya

Melihat di ruangan komen, ada yang berpendapat percikan api yang keluar dari kereta tersebut ketika meluncur di jalan raya sebagai satu perkara yang bahaya.

Malah ada juga menyatakan ia juga boleh menyebabkan jalan raya menjadi rosak.

“Aku pun peminat ‘lowered’.. tapi ni bahaya”

“Kawan aku beli kereta terus buat ‘lowered’ keretanya.. sebulan lepas tu pecah gearbox… menyesal dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.