Rakaman Entiti Misteri Lompat Atas Laut Raih Perhatian Ramai, Ada Yang Dakwa Sulur Bidar [Video]

Umum mengetahui, keluasan lautan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan daratan di bumi ini. Maka tidak hairanlah laut merupakan tempat yang belum habis diterokai oleh manusia.

Laut juga mempunyai berjuta-juta spesis hidupan yang hidup sama ada di air atau di dasar lautan yang sangat dalam.

Tular lelaki rakam objek misteri di laut di Port Dickson

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki terakam objek misteri di kawasan laut ketika lewat petang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @4mirulhere, kejadian tersebut berlaku semasa lelaki terbabit ingin merakam saat matahari terbenam (sunset) sekitar waktu Maghrib.

Entiti misteri kelihatan seakan melompat-lompat

Berdasarkan video terbabit, kelihatan entiti misteri itu seakan sedang bergerak dalam keadaan melompat-lompat di atas permukaan air laut.

“Nak rakam sunset, tiba-tiba ternampak benda (objek) ini. Benda apa ini weh? Lokasi di Port Dickson, Negeri Sembilan,” tulisnya.

Video berdurasi 55 saat itu mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan lebih 6.1 juta dan meriah sekitar 205,600 tanda suka di TikTok.

Netizen dakwa entiti tersebut adalah Sulur Bidar

Segelintir individu percaya bahawa objek misteri yang terakam sedang bergerak itu mempunyai kaitan dengan alam mistik.

Mereka mendakwa bahawa entiti tersebut adalah Sulur Bidar, makhluk misteri dengan bentuk fizikal yang aneh yang kebiasaannya hidup dalam air seperti sungai, tasik dan paya.

Ada pula yang dakwa sebenarnya objek itu hanyalah pukat yang sedang ditarik

Bagaimanapun, ada juga yang menafikan dakwaan berkenaan, mereka percaya bahawa objek tersebut merupakan sebahagian daripada pukat yang sedang ditarik oleh nelayan.

Seorang lelaki turut mendakwa berada di tempat kejadian dan mengatakan pukat terbabit sedang ditarik oleh pakciknya.

Menurutnya, objek yang kelihatan seakan melompat itu adalah bola pelampung yang sudah melekat bersama sisa sampah di laut.

“Orang tarik pukat lah. Saya ada masa ini, pakcik saya yang tarik (pukat).

“Yang bulat bola pelampung, yang panjang-panjang pula sampah melekat. Fitnah zaman ini macam-macam,” tulisnya.

Apa itu Sulur Bidar?

Sulur Bidar adalah satu mitos yang terkenal dikalangan masyarakat Kepulauan Melayu. Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihannya, entiti misteri ini saat ditakuti oleh golongan nelayan dan pemancing.

Fizikalnya dikatakan berbentuk seperti sehelai tikar berwarna putih dan mempunyai empat kepala di setiap penjuru.

Ada dakwaan yang mengatakan Sulur Bidar boleh diketahui kemunculannya dengan kewujudan buih-buih di atas permukaan air.

Berikut komen yang diberikan netizen:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

14 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

15 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

16 hours ago