“Semalam Kamu Minta Saya Keluar, Hari Ini Kamu Puji Saya” – Kim Pan Gon Merajuk? [Video]

Tidak dapat dinafikan, semalam (25 Januari) seluruh negara bergembira selepas Harimau Malaya berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan E Piala Asia 2023.

Jelas Malaysia mempamerkan semangat luar biasa apabila berjaya melakukan ‘comeback” selepas dua kali ketinggalan di belakang pasukan ranking ke-23 dunia itu.

Keputusan seri ‘bermaruah’ itu bukan sahaja mencalar reputasi Korea Selatan bahkan membuatkan rata-rata rakyat Malaysia memuji barisan pemain dan juga ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon (KPG) sekaligus melenyapkan suara halus yang sebelum ini mengkritik corak permainan pasukan dan strategi jurulatih ternama itu dalam kempen Piala Asia kali ini.

Baca artikel berkaitan: “Saya Agak Marah” – Klinsmann Berang, Dakwa Malaysia Tak Layak Dapat Penalti

Terbaharu KPG jelas tampak kecewa dengan sikap segelintir penyokong selain mengingatkan mereka agar meneliti semula prestasi Harimau Malaya sejak dia mengambil-alih pada 2022, bukan sekadar mengukurnya dari persembahan mereka dalam Piala Asia 2023.

Beliau menerusi satu sidang media selepas perlawanan Malaysia-Republik Korea berkata, kritikan yang diberikan haruslah adil berikutan kegagalan Harimau Malaya mara ke pusingan seterusnya.

“Selepas 42 tahun menanti untuk layak, pemain Malaysia tidak pernah melalui tekanan dalam kejohanan indah seperti ini dan kami harus menikmatinya serta kami bertekad kembali ke sini.

“Korea layak kancah ini dalam masa 32 tahun, selepas 16 tahun barulah mereka memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dan 24 tahun pula di tempat lawan.

“Tetapi selepas 42 tahun (berusaha untuk layak), anda pula menuntut kemenangan dan pusingan 16.”

Tegasnya orang ramai perlu memberikan masa dan terus menyokong pasukan bola sepak kebangsaan demi masa depan yang lebih cerah.

“Dalam dua tahun terakhir, kami berikan anda keputusan dan persembahan mantap. Kami meledak gol dalam setiap perlawanan.

“Saya tahu anda tunggu kegagalan saya. Saya sentiasa bersedia, tiada masalah. Semalam anda mahu saya dipecat hari ini anda puji saya,” katanya.

Gurau sedia ‘keluar’

Bukan itu sahaja, KPG turut mencuri perhatian apabila berseloroh mengatakan beliau sedia meninggalkan jawatannya selaku Ketua Jurulatih Malaysia selepas dilihat mengenakan sut berwarna kelabu – warna pakaian yang jarang dipakainya berbanding hitam putih yang lebih sinonim dengan beliau ketika Harimau Malaya beraksi.

“Saya sedia untuk keluar (pergi), ini adalah sut terakhir,” kata KPG dengan nada gurauan selepas diajukan solan mengapa dia mengenakan sut kelabu ketika aksi di Stadium Al Janoub itu.

Meskipun ia hanyalah satu gurauan, ia jelas tampak satu sindiran terdapat pihak di luar sana yang membuat andaian mengenai masa depannya selepas Harimau Malaysia tunduk kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1) pada dua perlawan terdahulu menyebabkan Harimau Malaya terlepas peluang ke pusingan 16 terakhir.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

2 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

2 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

4 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

4 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

5 hours ago