fbpx
Now Reading
“Saya Agak Marah” – Klinsmann Berang, Dakwa Malaysia Tak Layak Dapat Penalti

“Saya Agak Marah” – Klinsmann Berang, Dakwa Malaysia Tak Layak Dapat Penalti

Berkongsi satu mata dalam aksi terakhir kumpulan telah mencalarkan reputasi Korea Selatan selaku gergasi bola sepak Asia yang berada di kedudukan ke-23 dunia berbanding Malaysia di ranking 130.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ribuan penyokong skuad kebangsaan, Harimau Malaya bersorak kegembiraan semalam (25 Januari) selepas menonton perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan dalam aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Manakan tidak, selepas menanggung dua kekalahan berturut-turut di tangan Bahrain dan Jordan tanpa mencipta sebarang gol, akhirnya Malaysia mencipta sensasi dengan mengikat Korea Selatan 3-3.

Klinsmann berang Korea Selatan gagal cipta kemenangan

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann juga mengakui berang selepas pasukannya gagal mencipta kemenangan menentang Harimau Malaya.

Ini kerana, berkongsi satu mata dalam aksi terakhir kumpulan E di Stadium Al Janoub itu sedikit sebanyak telah mencalarkan reputasi Korea Selatan selaku gergasi bola sepak Asia yang berada di kedudukan ke-23 dunia berbanding Malaysia di ranking 130.

Klinsmann sukar terima keputusan seri, persoal keputusan Malaysia raih penalti

Bekas pemain German itu juga seakan sukar menerima keputusan seri selepas melihat pasukannya menguasai hampir keseluruhan permainan.

Klinsmann pada masa sama turut mempertikaikan beberapa keputusan termasuk sepakan penalti yang diraih skuad kebangsaan.

“Satu perlawanan yang menarik, enam gol terhasil. Namun, saya agak marah bagaimana gol itu berlaku (Malaysia). Saya rasa ia bukan penalti untuk Malaysia, tiada penalti.

“Kami menguasai hampir keseluruhan permainan namun tidak berjaya meraih kemenangan. Saya harap kami akan lebih baik untuk perlawanan akan datang dan kami akan melakukan analisa,” katanya dipetik Berita Harian.

Harimau Malaya nafikan Korea Selatan untuk berada di tempat teratas dalam kumpulan

Dalam aksi semalam, ‘comeback’ saat akhir Harimau Malaya menerusi jaringan Romel Morales pada minit terakhir masa tambahan telah meranapkan impian Korea Selatan untuk menduduki tangga teratas kumpulan E.

Kejayaan mengikat pasukan Piala Dunia itu juga menyaksikan Harimau Malaya meraih mata pertama selepas tumbang di tangan Jordan dan Bahrain sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.