Putera Johor Kunjungi Majlis KFC X JMR Youth Session, Siap ‘Payung’ Mercedes AMG GT3 [Video]

KFC Malaysia sudah menjalinkan kerjasama dengan JMR Racing Johor sejak lima tahun yang lalu dalam menunjukkan sokongan restoran terkemuka itu terhadap sukan permotoran untuk generasi muda.

Terbaharu, dalam majlis KFC X JMR Youth Session di Stulang Laut, Johor Bahru pada Sabtu lalu (30 Januari) itu, syarikat makanan itu berkata mereka amat berbesar hati dalam meraikan kolaborasi tahun ke-5 ini.

Tunku Panglima Johor & Tunku Putera Johor turut berkunjung ke majlis terbabit

Di dalam video yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya, turut kelihatan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim mencemar duli berkunjung ke majlis terbabit.

Menurut KFC Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar telah memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menceburi sukan permotoran.

“Kami sangat berbesar hati dapat meraikan kolaborasi tahun ke-5 ini bersama YAM Tunku Panglima & YAM Tunku Putera Johor yang memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atlet motorsports,” katanya.

KFC Malaysia sentiasa berusaha sokong para atlet Tanah Air

Menurut KFC Malaysia lagi, syarikat jati Malaysia itu akan sentiasa berusaha untuk menyokong para atlet di negara ini.

Dalam video yang dikongsikan, turut kelihatan Tunku Abu Bakar dan Tunku Abdul Rahman beramah mesra dengan orang ramai serta para pekerja KFC di cawangan Stulang Laut.

Artis-artis terkemuka dan para pelajar UTM dan UTHM turut meraikan majlis itu

Turut hadir ke majlis tersebut beberapa selebriti seperti Izzue Islam dan Ezzrin Loy serta beberapa wakil pelajar daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar turut mempamerkan jentera jenis Mercedes AMG GT3 yang digunakan baginda berdua pada siri perlumbaan di Asia dan Australia.

Video di TikTok KFC

@kfcmalaysia

Orang Johor sempat singgah KFC Stulang Laut Sabtu lalu untuk event #KFCxJMR? Kami sangat berbesar hati dapat meraikan kolaborasi tahun ke-5 ini bersama YAM Tunku Panglima & YAM Tunku Putera Johor yang memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atlet motorsports. KFC, sebagai syarikat jati Malaysia akan selalu berusaha untuk menyokong atlet Malaysia. P/s : yang terlepas nak join tuh, meh tgk snippets nih sambil layan kepci 🍗

♬ original sound – KFC Malaysia – KFC Malaysia

Recent Posts

  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 mins ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

38 mins ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

43 mins ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

3 hours ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

3 hours ago