Putera Johor Kunjungi Majlis KFC X JMR Youth Session, Siap ‘Payung’ Mercedes AMG GT3 [Video]
Menurut KFC Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar telah memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menceburi sukan permotoran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
KFC Malaysia sudah menjalinkan kerjasama dengan JMR Racing Johor sejak lima tahun yang lalu dalam menunjukkan sokongan restoran terkemuka itu terhadap sukan permotoran untuk generasi muda.
Terbaharu, dalam majlis KFC X JMR Youth Session di Stulang Laut, Johor Bahru pada Sabtu lalu (30 Januari) itu, syarikat makanan itu berkata mereka amat berbesar hati dalam meraikan kolaborasi tahun ke-5 ini.
Tunku Panglima Johor & Tunku Putera Johor turut berkunjung ke majlis terbabit
Di dalam video yang dimuat naik di akaun media sosial rasminya, turut kelihatan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim mencemar duli berkunjung ke majlis terbabit.
Menurut KFC Malaysia, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar telah memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menceburi sukan permotoran.
“Kami sangat berbesar hati dapat meraikan kolaborasi tahun ke-5 ini bersama YAM Tunku Panglima & YAM Tunku Putera Johor yang memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atlet motorsports,” katanya.
KFC Malaysia sentiasa berusaha sokong para atlet Tanah Air
Menurut KFC Malaysia lagi, syarikat jati Malaysia itu akan sentiasa berusaha untuk menyokong para atlet di negara ini.
Dalam video yang dikongsikan, turut kelihatan Tunku Abu Bakar dan Tunku Abdul Rahman beramah mesra dengan orang ramai serta para pekerja KFC di cawangan Stulang Laut.
Artis-artis terkemuka dan para pelajar UTM dan UTHM turut meraikan majlis itu
Turut hadir ke majlis tersebut beberapa selebriti seperti Izzue Islam dan Ezzrin Loy serta beberapa wakil pelajar daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).
Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar turut mempamerkan jentera jenis Mercedes AMG GT3 yang digunakan baginda berdua pada siri perlumbaan di Asia dan Australia.