Striker Iraq Kena Kad Merah Lepas Rai Gol Dengan Gaya Makan Nasi, Ini Penjelasan Pengadil [Video]

Adalah sesuatu yang normal untuk seseorang atlet itu meraikan kemenangan atau gol yang dijaringkan semasa dalam perlawanan.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyerang skuad Iraq, Aymen Hussein dilayangkan kad merah selepas meraikan jaringan gol.

Insiden berlaku ketika pasukan Iraq menentang Jordan dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al-Rayyan, Qatar pada 29 Januari lalu.

Pengadil jelaskan sebab Aymen Hussein terima kad merah

Susulan itu, seorang influencer dan pengadil Malaysia yang dikenali Naseeb Ali telah tampil memberi penjelasan terperinci mengenai isu tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Tiktok miliknya @refereekampung, Naseeb menjelaskan bahawa kad merah yang dikenakan kepada Aymen bukanlah kerana meraikan gol, namun kerana kad kuning kedua yang telah diterima oleh pemain terbabit.

Menurutnya, kesalahan meraikan gol dengan gaya seakan sedang duduk bersila sambil memakan nasi bukanlah penyebab kepada kad merah yang dikenakan.

Aymen dilayangkan kad kerana kesalahan meraikan gol secara berlebih-lebihan

Jelas Naseeb, Aymen dikenakan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan pada ketika itu kerana meraikan gol secara berlebih-lebihan.

“Setelah jaringan gol dilakukan, pemain ini (Aymen) telah berlari keluar dari padang melalui sebelah kanan padang.

“Setelah itu ‘celebration’ dilakukan bersama para penyokong dan pemain yang lain. Ketika ini pengadil telah memanggil dan memberi amaran kepada pemain agar kembali ke padang untuk memulakan semula pemainan.

“Masa ini sepatutnya pemain cepat-cepatlah masuk semula ke padang kerana pengadil telah panggil,” katanya

Menurutnya lagi, bagaimanapun Aymen masuk semula ke padang dan menyambung meraikan jaringan tadi dengan gaya duduk bersila seolah-olah sedang memakan nasi. Susulan itu dia dilayangkan kad kuning kedua yang secara automatik menjadi kad merah.

Padah ingin tiru gaya pemain Jordan raikan gol, duduk bersila makan nasi

Difahamkan, Aymen bertindak demikian kerana ingin meniru semula gaya meraikan gol yang dilakukan oleh pemain Jordan sebelum ini.

“Di sini memang jelas dia telah melakukan satu kesalahan dengan meraikan jaringan gol dengan berlebihan. Memang dinyatakan dalam undang-undang pemain boleh meraikan jaringan gol, tapi apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga membuang masa, secara provokasi ataupun secara berbahaya maka pemain boleh dikenakan kad kuning.”

Pengadil/Naseeb Ali

Susulan itu, Naseeb berkata layangan kad kuning kedua dan kad merah itu yang diberikan oleh pengadil terbabit adalah wajar.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

36 mins ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

45 mins ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

53 mins ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

4 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

5 hours ago