Perpustakaan Di Bangi Dikecam Gara-gara Guna Papan Tanda Bahasa Inggeris

Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi mendapat kecaman kerana menggunakan bahasa Inggeris di salah satu papan tandanya.

Selepas memaparkan perkataan ‘library’ pada papan tanda neonnya, perpustakaan awam di Bangi itu telah dikritik oleh seorang pengguna Facebook yang tidak berpuas hati kerana papan tanda itu bukan dalam Bahasa Melayu.

Seperti yang dilihat dalam catatan Facebook seorang pengguna, dia merasakan bahawa penggunaan bahasa Inggeris adalah tidak wajar memandangkan majoriti penduduk di kawasan itu adalah ‘bumiputera Islam Melayu’.

“Tahukah anda hampir 90% penduduk Bandar Baru Bangi adalah Bumiputera Melayu Islam? Tetapi mengapa papan tanda perpustakaan awam dalam bahasa Inggeris?

“Adakah penduduk Bangi tidak fasih berbahasa Melayu? Jom tag semua influencer supaya isu ini boleh diambil serius. Ini merosakkan identiti negara kita,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Pengguna Facebook itu nampaknya tidak keseorangan dalam meluahkan kekecewaannya. Ini kerana pengguna Facebook yang lain iaitu dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad turut mengetengahkan perkara itu dan menyatakan rasa terkejutnya apabila melalui perpustakaan berkenaan.

“Kejutan besar di Bandar Baru Bangi, Perpustakaan Awam di Bandar Baru Bangi kini dinamakan dengan nama Inggeris, library.

“Sedang kita berusahan nak memandaikan semua dalam menggunakan bahasa melayu sebaik-baiknya, ini pula jadi,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Khairul dilihat menerima kecaman hebat oleh netizen apabila telah membahaskan isu papan tanda Bahasa Inggeris berkenaan. Namun, dia tampil dengan hantaran balas di mana menjelaskan bahawa apa yang diketengahkan adalah megapa tulisan Bahasa Inggeris lebih besar daripada tulisan Bahasa Melayu.

“Kita di Malaysia, papan tanda mesti bahasa melayu lebih besar dari bahasa lain.

“Nak letak bahasa cina, bahasa tamil semua boleh. Yang utama ialah bahasa melayu paling besar dan paling istimewa,” tegas Khairul.

Masih Tertulis Dalam Bahasa Melayu

Bertentangan dengan sentimen Khairul, papan tanda utama PPAS adalah dalam Bahasa Melayu. Papan tanda terbesar walau bagaimanapun telah tertulis menggunakan bahasa kebangsaan.

Tetapi sementara ada yang mengambil isu dengan papan tanda bahasa Inggeris, segelintir netizen nampaknya langsung tidak kisah.

@selangorlibrary Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi bakal dibuka semula bermula Jumaat ini, 12 Januari 2024 dan dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang kecuali cuti umum. Jemput datang semua🙋🏻‍♀️🎉#selangor #selangorlibrary #perpustakaan ♬ original sound – Selangor Library

Ada yang menegaskan bahawa adalah munasabah untuk perpustakaan awam Bangi turut menampilkan papan tanda dalam bahasa Inggeris, memandangkan ini adalah amalan biasa di kalangan perpustakaan awam tempatan yang lain.

Seperti yang dinyatakan oleh pengguna laman X (@lagacawan), Perpustakaan Awam Negeri Terengganu juga menggunakan papan tanda dwibahasa di seluruh kawasannya.

Sumber: Twitter (X)

Kenyataan DBP

Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Dr Hazami Jahari telahpun membahaskan isu berkenaan. Dan seperti yang dilaporkan oleh Majoriti, beliau juga kelihatan kecewa dengan penggunaan Bahasa Inggeris.

“Sesuatu yang menyedihkan. Kami sudah bosan mengulangi nasihat yang sama,” kata Hazami, yang telah menasihatkan perpustakaan untuk tidak menggunakan bahasa Inggeris pada papan tandanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak iaitu Hazami dan perpustakaan awam telah menyelesaikan isu tular berkenaan dan bersetuju sebulat suara.

Meskipun tidak pasti sama ada tanda itu akan dikekalkan atau sebaliknya, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui perpustakaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

5 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

5 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

6 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

6 hours ago