Pembuli jalan raya merupakan seseorang pemandu atau penunggang yang bertindak agresif seperti melanggar peraturan lalu lintas dan merisikokan nyawa orang lain.
Sehingga hari ini, masih ada segelintir penunggang atau pemandu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pasangan penunggang motosikal dipercayai di Jambatan Pulau Pinang telah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIANVIRALLL, kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang penunggang motosikal lain yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Dakwanya, pasangan berkenaan dengan sengaja menabur pasir di atas jalan raya selain mereka juga mempunyai pisau yang dibawa bersama.
Pada awal video tersebut, kelihatan pembonceng wanita berkenaan cuba membaling sesuatu ke arah seorang rider yang memotong mereka.
Lebih membahayakan lagi, kedua-dua pasangan itu turut cuba menendang seorang lagi penunggang motosikal yang lalu di sebelah mereka.
Tidak lama kemudiannya, seorang lagi penunggang motosikal turut berdepan nasib sama namun kali ini dilibas dengan tali oleh pembonceng wanita berkenaan.
Perkongsian video berdurasi 1 minit itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, di mana rata-rata mengecam tindakan pasangan itu.
Tidak hanya itu, mereka juga meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pasangan berkenaan kerena telah membahayakan pengguna jalan raya.
Segelintir netizen juga berpendapat bahawa pasangan terbabit berkemungkinan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai masalah mental.
Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menemui sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung isu tersebut.
Sekadar info, membuli di jalan raya merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…