Tular Pasangan Naik Motosikal Cuba Tendang & Libas Rider Lain Di Jambatan Pulau Pinang [Video]
Perkongsian video berdurasi 1 minit itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, di mana rata-rata mengecam tindakan pasangan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pembuli jalan raya merupakan seseorang pemandu atau penunggang yang bertindak agresif seperti melanggar peraturan lalu lintas dan merisikokan nyawa orang lain.
Sehingga hari ini, masih ada segelintir penunggang atau pemandu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.
Tular pasangan tunggang motosikal ancam keselamatan rider lain
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pasangan penunggang motosikal dipercayai di Jambatan Pulau Pinang telah mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIANVIRALLL, kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang penunggang motosikal lain yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Dakwanya, pasangan berkenaan dengan sengaja menabur pasir di atas jalan raya selain mereka juga mempunyai pisau yang dibawa bersama.
Pada awal video tersebut, kelihatan pembonceng wanita berkenaan cuba membaling sesuatu ke arah seorang rider yang memotong mereka.
Cuba tendang dan libas guna tali penunggang motosikal yang lalu disebelah
Lebih membahayakan lagi, kedua-dua pasangan itu turut cuba menendang seorang lagi penunggang motosikal yang lalu di sebelah mereka.
Tidak lama kemudiannya, seorang lagi penunggang motosikal turut berdepan nasib sama namun kali ini dilibas dengan tali oleh pembonceng wanita berkenaan.
Baruaaaa kat Penang ni elok tendang je ke laut tu. ni Kalau dapat kat polis nanti mesti keluar kad oku. pic.twitter.com/RVuYfxw0CT
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 6, 2024
Netizen kecam dan minta pihak berkuasa ambil tindakan dengan segera
Perkongsian video berdurasi 1 minit itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, di mana rata-rata mengecam tindakan pasangan itu.
Tidak hanya itu, mereka juga meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas terhadap pasangan berkenaan kerena telah membahayakan pengguna jalan raya.
Segelintir netizen juga berpendapat bahawa pasangan terbabit berkemungkinan Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai masalah mental.
Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menemui sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung isu tersebut.
Sekadar info, membuli di jalan raya merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa dan dikenakan hukuman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muka dan gaya memang nampak OKU
— Aji Kampret 🇵🇸🇵🇸🇵🇸 (@AjiKamprett) February 6, 2024
Atas jambatan ada camera kalau tak salah..kenapa tk da tindakan ek?
— DS (@Demon00slayer00) February 6, 2024
Orang tak buat salah semua dia nak kacau. Natang betul. Nape semua orang diam ek?
— Dion (@aldiontama) February 6, 2024
Pergi report polis lah. Bahaya gila gini
— nona manis 🌼 (@msnoonecares7) February 6, 2024