Tampil Dengan Kelainan, Kafe Di China Perkenal Minuman Latte Pedas

Kopi merupakan satu minuman yang sering dinikmati oleh orang ramai tanpa mengira waktu. Malah ada yang memerlukan kopi di waktu pagi sebelum memulakan rutin harian mereka.

Bak kata segelintir daripada pengemarnya, hari mereka umpama tidak lengkap tanpa secawan kopi.

Bukan hanya itu, ada juga peminat fanatik yang sering berkunjung ke kafe-kafe untuk merasai kelainan air kopi daripada biji tertentu.

Kafe di China perkenal Latte pedas

Namun berbeza dengan sebuah kafe di China ini apabila tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan minuman Latte pedas dengan memasukkan cili goreng dan serbuk cili ke dalam latte mereka.

Kafe Jingshi Coffee yang terletak di Gangzhou, telah melancarkan menu latte pedas tersebut pada Disember tahun lalu dan kini telah menjual sebanyak 300 cawan, lapor South China Morning Post yang memetik Pear Video.

Menerusi video yang tular di Douyin memaparkan pekerja kedai berkenaan telah meletakkan hirisan cili diikuti serbuk lada di dalam secawan latte ais sebelum ia dihidangkan.

Kopi pedas itu telah dijual pada harga 20 yuan (RM13.32) untuk satu cawan dan ia dipanggil Jiangxi Spicy Latte.

Rasa kopi tak pelik sebaliknya sedap – pekerja

Salah seorang daripada pekerjanya berpendapat rasa kopi itu tidaklah pelik seperti yang difikirkan oleh orang ramai.

“Saya tak rasa ia terlalu pedas, sebaliknya ia rasa sedap. Kopi ini juga tidak sepelik yang difikirkan oleh orang ramai,” katanya.

Jelasnya apabila ditanya mengenai maklum balas diterima dari pelanggan mengenai air tersebut kebanyakannya memberikan komen positif.

“Latte pedas itu boleh tahan. Rasanya sedikit pedas dan sedikit manis,” kata seorang pelanggan.

“Saya terkejut, ia sesuatu yang luar daripada kebiasaan,” komen seorang pengguna di Douyin.

Sifatkan latte pedas suatu yang kreatif

Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia sesuatu yang kreatif namun tidak berani mencubanya kerana bimbang ia sukar diterima oleh perut.

Kombinasi inovatif perisa kopi telah muncul di negara tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada September tahun lalu, pelanggan telah beratur selama berjam-jam untuk satu kopi baru yang divariasikan dengan minuman keras Cina iaitu Moutai.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

10 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

10 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

11 hours ago