Pelajar Tak Sangka, Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Persaraan

Setiap umat Islam di muka bumi ini pastinya ingin menunaikan ibadah umrah dan haji sekiranya diberikan kesempatan dan peluang.

Meskipun tahu ia bukan suatu peluang yang mudah untuk dimiliki oleh semua orang namun sebagai hambaNya kita perlulah berusaha dan berdoa agar dijemput Allah SWT suatu hari nanti.

Guru beri pelajar hadiah pakej umrah sempena hari bersara

Namun bagai sudah tertulis rezekinya, seorang pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu terkejut dihadiahkan pakej umrah oleh gurunya bersempena hari persaraan beliau yang disambut pada hari ini (8 Februari).

Pakej tersebut diberikan oleh guru dikenali sebagai Ahmad Zaki kepada Mohd Daniel Hakim Faiz Teng yang merupakan pelajar tingkatan dua melalui cabutan bertuah yang dilakukan di depan lebih daripada 1,000 pelajar dan guru di sekolah tersebut.

Pelajar berusia 14 tahun itu menerima hadiah tersebut dalam keadaan sebak dan mengalirkan air mata.

Malah dia turut memeluk guru yang mengajar dalam subjek Pendidikan Islam serta Bahasa Arab sebaik menaiki pentas untuk menerima replika hadiah berkenaan.

Bersyukur diberikan peluang menunaikan umrah di usia yang muda

Dia juga turut bersyukur kerana sebelum ini ada menyimpan hasrat untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah itu.

“Ketika nombor (cabutan bertuah) diumumkan, saya sangat terperanjat dan teragak-agak untuk bangun kerana rasa macam mimpi.

“Selepas sekali lagi diumumkan barulah saya bangun dan berjalan ke arah pentas untuk menerima hadiah yang sangat bermakna itu.

“Pakej umrah yang saya terima ini akan saya kenang hingga akhir hayat kerana ada juga menyimpan angan-angan untuk ke Mekah dan Madinah tapi agak mustahil kerana masih bersekolah dan keluarga juga bukan orang senang,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Tak sangka hasrat disimpan jadi kenyataan

Pelajar yang merupakan anak sulung daripada dua beradik sama sekali tidak menyangka hasratnya untuk menunaikan umrah itu dimakbulkan oleh Allah SWT pada usia yang muda.

Malah dia mahu berkongsi berita gembira itu bersama bonda yang juga ibu tunggal dan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).

Tergerak hati untuk beri hadiah kepada pelajar lepas pulang dari mengerjakan umrah

Dalam pada itu, guru berusia 60 tahun itu mendedahkan beliau tergerak hati untuk memberi hadiah tersebut kepada pelajar sebagai kenangan sepanjang hayat bersempena dengan hari persaraannya yang sudah menjadi pendidik selama 31 tahun.

Tambah Ahmad Zaki, impian untuk memberikan hadiah tersebut timbul selepas pulang dari umrah pada baru-baru ini dan terfikir untuk memberikan satu hadiah yang bermakna.

Guru itu bagaimanapun tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai hasrat tersebut sehingga tiba beberapa hari sebelum meraikan hari persaraannya.

“Alhamdulillah, hasrat saya itu mendapat sokongan dari pihak sekolah termasuk keluarga dan tahniah kepada pelajar yang saya anggap insan terpilih menerima cabutan bertuah ini.

“Insya-Allah pelajar berkenaan akan pergi umrah bersama saya pada Disember ini dan tajaan berkenaan merangkumi pakej penuh malah saya juga akan memberikan sedikit wang saku untuk perbelanjaannya di sana nanti.”

Video mengenai pelajar itu menerima pakej umrah tersebut turut dikongsi oleh Sinar Harian di TikTok.

@sinarharianonline

Guru hadiahkan pakej umrah pada pelajar sempena hari persaraan BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024 Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu di Tumpat menghadiahkan pakej umrah kepada pelajar tingkatan dua sempena hari persaraannya sebagai pendidik pada Khamis, lapor wartawan, Hazelen Liana Kamarudin. Mohd Danial Hakim Faiz Teng, 14, dari Kampung Padang Rokma dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus nombor 118 miliknya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabuan bertuah. Anak sulung dua beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka cabutan bertuah yang diidamkan oleh 800 pelajar itu menjadi miliknya dan menyifatkan ia sebagai satu mimpi apabila dapat menjejak kaki ke tanah suci Makkah tidak lama lagi. Muzik: Elevate dari www.bensound.com SinarHarian BeritaSemasa hadiahcabutanbertuah haripersaraan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Recent Posts

  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

17 mins ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

1 hour ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

3 hours ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

4 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

5 hours ago