Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan, begitulah lumrah kehidupan di atas muka bumi ini yang sememangnya tidak akan berkekalan lama.
Perpisahan bukan sahaja tentang kematian, namun ia boleh terjadi kepada sesama insan yang masih bernyawa dengan pelbagai faktor.
Seperti di sekolah, sudah menjadi lumrah bahawa seseorang murid dan guru akan berpisah dan kebiasaanya akan disambut dengan majlis perpisahan sebagai kenang-kenangan.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang guru wanita tergamam selepas menerima hadiah sekalung rantai emas daripada murid-murid kelasnya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nikmaria76, wanita yang dikenali sebagai Nik Maria itu menyatakan bahawa hadiah terbabit diberikan sempena perpisahan para murid darjah enam bersama guru kelas mereka itu yang dikenali sebagai Cikgu Shikin.
Menurut Nik Maria, hadiah tersebut bukanlah pemberian perseorangan, sebaliknya adalah hasil kutipan duit kelas yang bermula sejak awal tahun lagi dari semua ibu bapa para pelajar.
“Cikgu Shikin ‘speechless’ dengan hadiah anak-anak murid 6 Orbit. Jasa cikgu tiada bandingan pada murid-murid tahun 6. Hadiah ini bukan hadiah dari orang perseorangan, ini adalah hasil dari kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua ibu bapa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, sebahagian duit hasil kutipan itu juga digunakan untuk membuat jamuan akhir tahun di kelas berkenaan.
Menurutnya lagi, hadiah barang perhiasan itu dibeikan kepada Cikgu Shikin bagi mengenangkan jasanya yang telah menjaga dan mendidik murid-murid dengan baik sepanjang memegang jawatan guru kelas berkenaan.
“Alhamdulilah, terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid-murid berada di bawah jagaan cikgu. Salam perpisahan dari murid Tahun 6 Orbit,” tulisnya lagi.
Video berdurasi 31 saat itu berjaya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial berpandangan bahawa Cikgu Shikin merupakan guru kesayangan para pelajar sehingga diberikan hadiah bernilai sebegitu.
Sekadar info, di Malaysia sudah menjadi suatu adat untuk seorang pelajar memberi hadiah kepada gurunya yang akan berpisah sebagai tanda kenangan dan berterima kasih kerana telah mendidik selama ini.
Selain ibu bapa, guru juga antara insan yang layak dihormati dan dihargai.
Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…
Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…