fbpx
Now Reading
“Ni Mesti Cikgu Kesayangan” – Guru Terima Hadiah Rantai Emas Dari Murid Kelas Darjah 6 [Video]

“Ni Mesti Cikgu Kesayangan” – Guru Terima Hadiah Rantai Emas Dari Murid Kelas Darjah 6 [Video]

Hadiah rantai emas itu diberikan kepada guru terbabit bagi mengenangkan jasanya yang telah menjaga dan mendidik murid-murid dengan baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan, begitulah lumrah kehidupan di atas muka bumi ini yang sememangnya tidak akan berkekalan lama.

Perpisahan bukan sahaja tentang kematian, namun ia boleh terjadi kepada sesama insan yang masih bernyawa dengan pelbagai faktor.

Seperti di sekolah, sudah menjadi lumrah bahawa seseorang murid dan guru akan berpisah dan kebiasaanya akan disambut dengan majlis perpisahan sebagai kenang-kenangan.

Guru kelas terima hadiah rantai emas dari murid-murid

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang guru wanita tergamam selepas menerima hadiah sekalung rantai emas daripada murid-murid kelasnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nikmaria76, wanita yang dikenali sebagai Nik Maria itu menyatakan bahawa hadiah terbabit diberikan sempena perpisahan para murid darjah enam bersama guru kelas mereka itu yang dikenali sebagai Cikgu Shikin.

Kutipan duit kelas dari ibu bapa digunakan untuk beli hadiah buat guru dan jamuan

Menurut Nik Maria, hadiah tersebut bukanlah pemberian perseorangan, sebaliknya adalah hasil kutipan duit kelas yang bermula sejak awal tahun lagi dari semua ibu bapa para pelajar.

“Cikgu Shikin ‘speechless’ dengan hadiah anak-anak murid 6 Orbit. Jasa cikgu tiada bandingan pada murid-murid tahun 6. Hadiah ini bukan hadiah dari orang perseorangan, ini adalah hasil dari kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua ibu bapa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, sebahagian duit hasil kutipan itu juga digunakan untuk membuat jamuan akhir tahun di kelas berkenaan.

Rantai emas diberikan bagi mengenang jasa baik Cikgu Shikin menjaga murid

Menurutnya lagi, hadiah barang perhiasan itu dibeikan kepada Cikgu Shikin bagi mengenangkan jasanya yang telah menjaga dan mendidik murid-murid dengan baik sepanjang memegang jawatan guru kelas berkenaan.

“Alhamdulilah, terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid-murid berada di bawah jagaan cikgu. Salam perpisahan dari murid Tahun 6 Orbit,” tulisnya lagi.

@nikmaria76

Cikgu Shikin speechless dgn hadiah anak2 murid 6 Orbit ttdione. Jasa cikgu tiada bandingan pd murid2 tahun 6. Hadiah ini bukan hariah dari orang perseorangan. Ini adalah hasil dati kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua parents. Sebahagian duit yg tinggal diginakan utk buat parti akhir tahun kelas dan baki untuk belikan hadiah kepada cikgu class atas jasa cikgu menjaga anak2 murid class 6 orbit dgn baik. Alhamdullilah n terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid2 berada dibawah jagaan cikgu. Dan salam perpisahan dari murod Tahun 6 Orbit 🥰 #classof2023ttdione #fyp

♬ Memori Tercipta – 🐝pië

“Mesti cikgu kesayangan pelajar” – Netizen

Video berdurasi 31 saat itu berjaya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial berpandangan bahawa Cikgu Shikin merupakan guru kesayangan para pelajar sehingga diberikan hadiah bernilai sebegitu.

Sekadar info, di Malaysia sudah menjadi suatu adat untuk seorang pelajar memberi hadiah kepada gurunya yang akan berpisah sebagai tanda kenangan dan berterima kasih kerana telah mendidik selama ini.

Selain ibu bapa, guru juga antara insan yang layak dihormati dan dihargai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.