“Dah Hilang Iman Ke?” – Ustaz Adnin Kritik Ada Individu Sanjung Hot Daddy [Video]

Sejak kebelakangan ini, platform media sosial kecoh dengan satu kes membabitkan seorang lelaki dikenali sebagai Daddy Ash atau Hot Daddy yang dilaporkan merakam dan menjual video aksi lucahnya bersama puluhan wanita di aplikasi X (Twitter) serta Telegram.

Namun begitu, tindakan segelintir masyarakat yang dilihat bermesra dan menyanjungi lelaki tersebut mencetuskan kekecewaan sesetengah pihak.


Masyarakat Sanjung ‘Hot Daddy’

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@adninroslan), menyaksikan pendakwah bebas Ustaz Adnin sedang menjawab pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di media sosial.

Soalan itu berbunyi, “Ustaz kenapa ada orang tergamak puji, like (hantaran), bergambar dan sanjung pelakon porno itu (Hot Daddy)?”

Kata Ustaz Adnin, dia berasa amat kecewa dan marah apabila segelintir masyarakat menyanjung lelaki yang melakukan zina selepas dia terlepas daripada tahanan polis dengan ikat jamin.

“Bila dia buat video live, ramai orang tonton. Lelaki dan perempuan tengok, siap bagi gift, puji dan sanjung. Ada video saya tengok, mamat tu (Hot Daddy) berjalan-jalan, ramai yang nak bergambar dengan dia,” katanya.

Sumber: TikTok (@adninroslan)

Sokong Zina Adalah Memalukan

Tambah ustaz itu, aksi memartabatkan dan menyokong zina adalah satu tindakan yang memalukan.

Ya Allah, kamu dah hilang malu ke? Dah hilang iman ke? Kalau tak mampu nak tinggalkan maksiat janganlah buat maksiat secara terang-terangan. Janganlah support pelaku maksiat tu.

Ustaz Adnin.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, pendakwah bebas itu berkata perasaan berbangga apabila menyokong maksiat merupakan antara tanda-tanda seseorang tiada iman di dalam hati.

“Selemah-lemah iman adalah benci dan jauhi maksiat itu,” ujarnya.

Dalam kesempatan itu, Ustaz Adnin berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung perkara berkenaan daripada berleluasa.


Zina Sudah Dianggap Normal

Menerusi hantaran sama, Ustaz Adnin juga meluahkan rasa kecewanya terhadap perbuatan zina yang sudah dianggap satu normalisasi dalam kalangan masyarakat.

Dia turut menjelaskan bahawa video berunsur lucah mampu memberi impak negatif kepada pemikiran seseorang selain merosakkan iman umat beragama Islam. Oleh disebabkan itu, ustaz berkenaan berharap agar orang ramai ikhtiar untuk sama-sama berubah dan menjauhi zina.

Nak tinggalkan maksiat bukan senang. Lagi-lagi sudah ketagih dengan maksiat itu, tetapi tak mustahil. Kalau tahu cara, Insya-Allah boleh berubah. Ramai sahaja kawan saya dahulu teruk, tetapi sekarang jauh lebih baik dari saya.

Ustaz Adnin.
@adninroslan

TOLONG TENGOK SAMPAI HABIS DAN SEBARKAN! Wallahi saya sedih bila benda ni terjadi. Rasa macam kurang buat dakwah bila tengok pelaku maksiat dah start disanjung tanpa rasa malu😔 Dimanakah iman kita sahabat sekalian? Jomla sama-sama berubah… Please saya merayu. Saya yakin, semua orang benci maksiat dan nak berubah. Hatta pelaku maksiat pun nak berubah sebenarnya. Tapi tak tahu cara.. Sebab tu saya buat buku TUHAN AKU INGIN HIJRAH untuk bantu orang ramai berubah.. Khas untuk korang, saya bagi diskaun, saya bagi FREE POSTAGE, boleh COD, dengan harapan ramai dapatkan buku ni🤲🥺 #ustazadnin #tarbiahsentap #tiktokguru

♬ original sound – Ustaz Adnin – Ustaz Adnin

Mufti Gesa Ambil Tindakan Terhadap Podcast Yang Jemput Hot Daddy

Sebelum ini, YouTuber BrosGang TV (BGTV) telah menerima kecaman ramai selepas dikatakan menjemput lelaki yang digelar gigolo itu ke sebuah sesi podcast.

Netizen berkata mereka tidak sepatutnya menjemput ‘Hot Daddy’ ke podcast tersebut kerana kelihatan seolah-olah mengalakkan aktiviti persundalan. Walau bagaimanapun, BGTV menegaskan mereka tidak pernah menyokong mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak bermoral, malah menentang dan mencegah perbuatan sebegitu.

Sumber: BGTV

Isu itu kemudiannya, mengundang perhatian Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor apabila dia menzahirkan rasa kesal terhadap BGTV yang menjadikan ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu jemputan.

Beliau juga menyeru kerajaan untuk memandang serius terhadap perbuatan berkenaan selain mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan aktiviti zina.

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Gesa Podcast Promosi Zina Jemput ‘Hot Daddy’ Sebagai Tetamu Dikenakan Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Glorify Orang Takda Moral?” – Ramai Kecam Tindakan YouTuber Jemput Hot Daddy Dalam Podcast


Hot Daddy Dituduh Lakukan Khidmat Persundalan

Pada 26 Januari lalu, Daddy Ash atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan dalam media sosial.

Dia dituduh membuat pengiklanan tersebut bersama dua teman wanitanya iaitu Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24.

Kesemua mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan di bacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Baca Artikel Berkaitan: Daddy Ash & 2 Wanita Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tak Bersalah Rakam & Jual Video Aksi Lucah

Recent Posts

  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

7 mins ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

43 mins ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

55 mins ago
  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

4 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

5 hours ago