Pesawat Ringan Terhempas Di Kapar, Klang [Video]

Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sekitar kawasan kebun kelapa sawit di Klang pada Selasa (13 Feb).

Menerusi foto dan video yang tular di media sosial, insiden dipercayai berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar sekitar jam 1.30 tengah hari.

Memetik Bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan insiden terbabit dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. 

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar pula, pihaknya telah menghantar anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar sebaik menerima panggilan pada 1.56 petang.

Ketika ini anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mencari dua mangsa yang terlibat dan keadaan mereka masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Menerusi foto yang dikongsikan bomba, keadaan pesawat itu dilihat berkecai dipercayai kerana impak kemalangan itu.

Terdapat 2 mangsa

Dalam pada itu Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat ringan model Blackshape BK160 Gabriel (nombor pendaftaran I-POOC) berkenaan semasa ianya terhempas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, pesawat yang dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima,” kata Norazman.

Sebelum ini tular dakwaan yang mengatakan sebuah helikopter terhempas di kawasan berkenaan. Namun carian kemudian mendapati ia adalah sebuah pesawat ringan yang sedang melakukan penerbangan reaksi.

Berdasarkan foto yang tular pula, terdapat perkataan ‘Gabriel Aviation Safety Technology’ pada serpihan pesawat tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

23 mins ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

3 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

3 hours ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

4 hours ago