Tindakan Lelaki Selamba Berak Depan Rumah Orang Undang Kecaman [Video]

Sejak pagi tadi (16 Feb) tular di media sosial video seorang lelaki berkelakuan kurang sopan apabila membuang air besar di tepi jalan sebuah kawasan perumahan.

Menerusi video tular di laman X (Twitter) itu, lelaki berbaju merah yang dipercayai turun dari sebuah kereta jenama Toyota itu dilihat mencangkung dalam keadaan tidak berseluar sambil membuang hajatnya di hadapan sebuah rumah di situ.

Tindakan selamba lelaki berkenaan nyata membuatkan perakam terkejut. Malah dia tertanya-tanya adakah individu tersebut kurang siuman.

“Dia tak pakai seluar ke.. Adoi dia betul-betul berak. Dia tak siuman? Saya fikir dia tidak siuman lah,” kata perakam di dalam video.

Naik kereta dan berlalu pergi

Selesai membuang hajat, lelaki berkenaan dilihat terus memakai seluar dan memasuk kereta Toyota tersebut sebelum berlalu pergi.

Berdasarkan maklumat pada video, insiden dipercayai berlaku di Taman Stapok, Batu Kawa, Sarawak.

Perkongsian video tersebut mencetuskan kemarahan pengguna media sosial. Rata-rata menyifatkan dia sebagai seorang yang pengotor dan tidak bermoral dan perlu dikenakan tindakan kerana ianya salah di sisi undang-undang.

Malah ada yang berpendapat tindakannya tidak ubah seperti binatang kerana tidak mempunyai perasaan malu kerana sanggup membuang air besar di kawasan terbuka.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai turut menyelar perbuatan jijik lelaki berkenaan.

Memetik Borneo Post, pihaknya akan mengesan lelaki terbabit untuk diambil tindakan.

“Kita akan periksa pemilik kereta terbabit (dalam video yang tular) dan menghukumnya dengan sewajarnya,” katanya ringkas.

Berak merata boleh kena tindakan

Jelas beliau terdapat beberapa kesalahan berkaitan kebersihan harta awam dan swasta iaitu di bawah perenggan 22 (1) Tiada seorang pun boleh, melainkan dengan kebenaran bertulis harta awam, ketua pegawai tadbir,-

(a) menulis, melukis, menyembur, menanda, menconteng, menconteng atau menulis apa-apa perkataan, angka, slogan, karikatur, simbol, atau apa-apa benda pada mana-mana harta kepunyaan pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(b) menampal, mempamerkan atau melekat apa-apa poster, plakat, papan pameran, bil, notis atau sepanduk pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(c) memaku, mengikat atau merantai apa-apa jua pada harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(d) mengalihkan, merungkai atau mengambil apa-apa harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

(e) meludah, membuang air kecil atau membuang air besar di dalam atau pada mana-mana harta pihak berkuasa tempatan atau kerajaan, melainkan di tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan untuk tujuan itu.

(f) memotong, menggali, mengalihkan, mencabut atau merosakkan mana-mana pokok, tumbuhan atau tumbuh-tumbuhan yang ditanam atau diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan di mana-mana tempat awam.

(g) mencemarkan atau membuang sampah atau sisa ke mana-mana kolam, tasik, air pancut atau kolam renang kepunyaan atau diselenggara oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah perenggan (1) adalah melakukan suatu kesalahan: Penalti, denda RM1,500 bagi kesalahan pertama, dan denda selanjutnya RM3,000 atau penjara sembilan bulan bagi setiap kesalahan berikutnya.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago