Remaja Di Thailand Teruk Dibelasah Kerana Terlalu Kacak

Sudah menjadi lumrah setiap manusia pasti ingin kelihatan cantik, segak dan kacak. Malah ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memiliki rupa paras yang ‘elok’.

Tidak kurang juga ada yang dianugerahkan oleh tuhan dengan rupa paras yang cantik dan kacak. Walau bagaimanapun, tidak kiralah bagaimana rupa paras seseorang apa yang penting adalah kita perlu mensyukurinya dan menjaga setiap nikmat diberikan dengan baik.

Miliki wajah kacak, remaja teruk dibelasah

Namun siapa sangka rupa paras kacak yang dimiliki seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Thailand ini menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk selepas dibelasah sekumpulan remaja lain di Udon Thani.

Susulan daripada kejadian yang menimpa remaja lelaki berkenaan, penduduk di Ban Nong Kanon Simma di daerah Ban Dung telah meminta agar polis mengambil tindakan terhadap sekumpulan remaja yang berusia sekitar 12 hingga 16 tahun.

Ini kerana, mereka didakwa bertanggungjawab kerana telah membuat serangan fizikal terhadap remaja kacak yang dikenali sebagai Mooyong.

Masuk hospital dan tidak sedarkan diri selama 2 hari

Ekoran daripada tindakan ganas kumpulan remaja itu, Mooyang kemudiannya telah dimasukkan ke Hospital Putera Mahkota Bandung pada 11 Februari lalu, lapor The Thaiger.

Lebih parah lagi, mangsa turut dilaporkan tidak sedar diri selama dua hari kerana dibelasah kumpulan remaja itu. Dia kemudian pulih dan menceritakan insiden yang berlaku pada 14 Februari.

Menurut Mooyong, dia dan empat lagi rakan telah berkunjung ke kedai guntung rambut pada hari kejadian dan telah terserempak dengan kumpulan yang terdiri dari empat remaja sewaktu dalam perjalaanan.

Kumpulan remaja itu kemudian mengarahkan mereka memberhentikan motosikal dan mencabar untuk bergaduh.

Cemburu remaja miliki wajah tampan

Mooyong kemudian bertanya kepada kumpulan itu apakah yang menyebabkan mereka marah sehingga mengajak untuk bergaduh. Kumpulan itu menjawab mereka cemburu dengan ketampanan dimilikinya.

Dedah mangsa lagi, kumpulan itu turut mengacukan dua pistol dan menyebabkan dia tidak dalam melawan. Ketika bertengkar, salah seorang daripada remaja dalam kumpulan terbabit berusia 16 tahun bertindak memukul lehernya sehingga membuatkan dia tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Rakan Mooyong dengan segera membawa mangsa ke hospital menggunakan motosikal. Namun disebabkan berada dalam keadaan tergesa-gesa secara tidak sengaja rakan yang membawanya telah mengheret kaki Mooyong sepanjang perjalanan ke hospital.

Salah seorang dalam kumpulan remaja pukul Mooyong didakwa tembak seorang individu pada bulan lalu

Perkara itu telah menyebabkan kaki remaja itu turut cedera. Walau bagaimanapun, penduduk memaklumkan kumpulan remaja yang mencederakan Mooyong berasal dari komuniti di wilayah Sakon Nakhon.

Penduduk di sana turut mendedahkan Mooyong bukan mangsa pertama kumpulan itu sebaliknya salah seorang daripada remaja berkenaan pada bulan lalu telah menembak seorang individu.

Akan tetapi tiada sebarang tangkapan atau laporan terbaru berhubung kes tersebut.

Foto: Channel 3 via The Thaiger

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

18 mins ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

1 hour ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

4 hours ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

4 hours ago