Masalah gigi rosak dikalangan kanak-kanak sering kali didengari. Malah terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gigi kanak-kanak atau bayi rosak.
Antaranya adalah makan makanan manis, gigi tidak diperiksa secara berkala, tidak mengamalkan penjagaan gigi, botol, susu dan banyak lagi.
Ini kerana penggunaan botol dan susu yang mengandungi kandungan gula boleh menyebabkan gigi anak reput. Perkara ini berlaku kerana bakteria akan bergerak balas dengan gula dan kemudian mengeluarkan asid yang boleh menyebabkan gigi kanak-kanak rosak.
Oleh itu, kebanyakan doktor menyarankana agar kanak-kanak atau bayi untuk minum susu menggunakan cawan apabila sudah mencecah usia 12 hingga 14 tahun.
Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa sedihnya apabila sebanyak 20 batang gigi susu anak perempuannya terpaksa dicabut selepas kanak-kanak itu mengalami sakit di mulut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Tomyamfloat di TikTok, perkara itu dikongsinya agar boleh dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga ibu bapa di luar sana.
Dalam video itu, ibu kepada kanak-kanak dikenali sebagai Chempaka Aulia turut menunjukkan keadaan kanak-kanak tersebut sebelum masuk ke dewan bedah untuk mencabut gigi.
“Masa ni hanya Allah SWT je tahu, macam mana perasaan tu bila jururawat dah panggil untuk bersiap ganti baju ke bilik bedah. Chempaka dah mula nangis waktu ni merayu cakap ‘mummy jangan tinggalkan Chempaka tau’.
“Allah, tak akan sesaat mummy sanggup tinggalkan anak mummy ni,” ujarnya. Dia kemudian menunjukkan detik semasa si kecil ditolak untuk ke dewan bedah dengan linangan air mata.
Si ibu turut memohon maaf kepada anaknya dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT untuk dipermudahkan. Meskipun berasa bimbang namun wanita itu cuba menyorokkannya dengan mengajak Chempaka untuk berbual.
Kanak-kanak itu kelihatan sedikit tenang sebelum proses pembedahan dimulakan.
“Bila jururawat jerit ‘ibu Chempaka’, dua jam lebih penantian macam nampak anugerah.”
Sebaik Chempaka sedar daripada pembedahan, si kecil itu meminta air. Malah juga turut meminta kek apabila sudah sedikit sihat.
Menurut ibu, punca gigi anaknya itu perlu dicabut adalah kerana botol dan susu formula yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Ekoran itu, doktor menyarankan agar si kecil hanya meminum susu segar.
“Ini perkongsian saya apa yang berlaku. Tak semestinya tak baik untuk anak saya, tak baik untuk anak orang lain. Begitulah sebaliknya.
“Mak ayah jangan pandang remeh bila anak dah mula sakit gigi. Bila dah kena buang 20 batang gigi. Siapa yang salah? Mestilah mak ayah.
“Mak-mak kena kuat dan pantau pemakanan anak ya,” ingat si ibu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pernah atau sedang berdepan dengan masalah sama.
Tidak kurang juga ada yang bertanya bilakah gigi si anak akan tumbuh selepas dicabut.
Ada juga mengingatkan ibu bapa untuk jangan kerap memberikan makanan manis seperti gula-gula, jajan atau coklat kepada anak-anak.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…