Menyambut kelahiran cahaya mata merupakan antara perkara yang paling membahagiakan dan kebanyakan pasangan pasti memasang impian bagi mendapatkan zuriat sendiri.
Namun begitu, sesetengah pasangan masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.
Bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ‘trying to conceive’ (TTC), soalan berkenaan perkara tersebut sudah tentu merupakan sesuatu yang sensitif dan menyentuh hati.
Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok yang dimuat naik oleh pelakon dan penyanyi terkenal, Nurul Jannah Muner.
Lebih dikenali sebagai Janna Nick, dia menceritakan pengalamannya melakukan ujian kehamilan urin (UPT) menerusi video tersebut.
Dia melakukan ujian UPT pada jam 4 pagi kerana terjaga dari tidur dan sewaktu suaminya, Dini Schatzmann sedang tidur agar tidak melihatnya dalam keadaan tertekan.
“Terbangun tidur pukul 4 pagi so decided untuk buat pregnancy test,” tulisnya pada video tersebut.
Janna berharap agar dia tidak ‘dikecewakan’ dengan hasil ujian tersebut kerana dia sudah berasa penat berharap.
Katanya lagi, dia sentiasa berdoa selagi mampu agar dikurniakan cahaya mata kerana ia merupakan keinginannya.
Janna berasa gelisah untuk menyemak keputusan UPT dan berharap agar tertera dua garisan yang bermakna dia telah hamil dan agar dia boleh memberi kejutan kepada suaminya.
Namun begitu, dia menunjukkan hanya terdapat satu garisan pada UPT tersebut yang bermakna dia masih belum hamil.
Dia kemudiannya menyatakan dia perlu menerima hakikat bahawa rezekinya untuk mengandungkan cahaya mata masih belum tiba.
Video berkenaan dihasilkan olehnya kerana menerima satu komen daripada seorang pengikutnya bahawa dia kelihatan berisi dan turut ditanya jika telah hamil.
Menerusi bahagian kapsyen video, Janna berkata badannya menjadi berisi kerana dia kini kurang aktif bergerak sebagai usaha untuk hamil.
Katanya, dia terpaksa mengorbankan pelbagai aktiviti kegemarannya seperti yoga, melakukan senaman berat dan bersauna. Dia juga tidak lagi bekerja secara berlebihan kerana ingin merehatkan tubuh badannya.
Janna juga memaklumkan bahawa dia mengambil pelbagai jenis suplemen sehingga mukanya dinaiki jerawat-jerawat yang besar.
Katanya lagi, dia mula mengalami masalah psiko kerana setiap bulan dia pasti akan merasakan simptom mengandung walaupun sebenarnya tidak.
“Please take note that pregnancy journey tak mudah. I faham. I terima takdir dan tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama-sama berjuang dan menanti akan dapat baby yang comel-comel.”
Artis, Janna Nick
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa terharu setelah melihat video yang dimuat naik artis berkenaan. Netizen turun menitipkan doa agar Janna dikurniakan rezeki menghamilkan malaikat kecil.
Dalam pada itu, beberapa individu turut berkata soalan sensitif sedemikian tidak sepatutnya ditanyakan kepada seseorang yang sedang TTC. Salah seorang pengikutnya juga berkata bahawa tiada wanita yang tidak mahu menjadi ibu dan mengurniakan zuriat bagi suaminya.
Pengguna TikTok @Shena_Lic pula mengingatkan agar Janna mengambil asid folik sebagai persediaan untuk mengandung.
Menurutnya, pengambilan asid folik, kalsium +D3 dan CoQ10 penting untuk kesuburan seorang wanita. Malah katanya suami juga perlu mengambil suplemen yang bersesuaian. Kesemua ini perlu diambil dalam masa tiga bulan sebelum hamil.
Janna kemudiannya memaklumkan bahawa dia telah mengambil kesemua suplemen berkenaan sejak September 2023 lagi.
Dalam masa yang sama, para wanita juga berkongsi pengalaman TTC mereka. Ada yang berkata ketika mereka terlalu berharap untuk hamil, mereka akan merasakan simptom-simptom mengandung tetapi ujian menunjukkan keputusan yang negatif.
Beberapa individu berkata mereka tidak berjaya hamil ketika terlalu berharap. Namun begitu, rezeki cahaya mata dikurniakan kepada mereka setelah redha dengan ketentuanNya.
Seorang wanita berkata bahawa selagi seseorang itu mempunyai rahim, pasti ada rezeki mereka untuk hamil. Wanita sama berkata dia berjaya hamil setelah menunggu selama enam tahun.
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…