“Jawab Soalan, Dapat Duit” – Cara Pejabat Agama Ini Santuni Remaja Lepak Raih Pujian Ramai [Video]

Agama Islam sememangnya menyarankan umatnya untuk menyantuni semua masyarakat terutamanya golongan warga emas.

Selain itu, golongan-golongan muda yang sedang melonjak dewasa juga disarankan untuk disantuni agar mereka lebih dekat dan beramah mesra dengan masyarakat di sekeliling.

Pejabat Agama dan KBS santuni remaja di Parit Buntar

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar menerusi satu program bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyantuni sekumpulan remaja lelaki yang sedang melepak di Taman Pinggiran Sungai Kerian, Parit Buntar, Perak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @gadparitbuntar, difahamkan aktiviti dan program terbabit diberi nama sebagai ‘Rakan Muda @ Uji Minda’.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan mereka terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang melepak selepas melakukan aktiviti bermain ‘skateboard’ di taman berkenaan.

Jawab soalan, kalau betul dapat duit

Susulan itu, lelaki berkenaan menyantuni para remaja terbabit dengan melontarkan soalan berkaitan agama Islam dengan ganjaran wang sekiranya berjaya menjawabnya dengan betul.

“Assalamualaikum, mintak maaf menggangu, malam ni main skate ke? Kami daripada pejabat agama. Jawab soalan dapat duit. Soalan senang je, berapakah rukun Islam? ” katanya.

Lebih menarik perhatian, remaja-remaja terbabit juga dilihat melayani mereka dengan baik selain tidak menolak untuk ditanyakan soalan mengenai agama Islam.

Salah seorang remaja berjaya menjawabnya dengan betul dan dia diberi pilihan untuk memilih salah satu sampul yang berisi duit.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji cara pejabat agama bersama KBS itu menyantuni sekumpulan remaja berkenaan dengan program tersebut kerana terselit sedikit pengisian ilmu.

Malah, segelintir netizen juga memberi pujian terhadap sikap dan akhlak remaja-remaja yang memberi layanan baik dan tidak menolak semasa ingin diajukan soalan.

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

3 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Kemas Kini: Helikopter Terhempas, Presiden Iran & Semua Penumpang Terkorban

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

5 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

6 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago