Allianz Perkenal Allianz EV Shield, Tawar Pelbagai Perlindungan Untuk Kenderaan Elektrik

Dalam pertumbuhan pesat teknologi di dunia pada masa ini, tidak dinafikan penggunakan kenderaan elektrik (EV) semakin mendapat tempat di hati ramai pengguna terutama yang menginginkan kelestarian alam sekitar.

Susulan itu, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) pada Rabu lalu (28 Februari) telah memperkenalkan produk insurans baharu mereka iaitu ‘Allianz EV Shield’ untuk kenderaan elektrik.

Perlindungan pertama pengecasan secara mudah alih melalui Allianz EV Rangers

Menariknya, Allianz menampilkan perlindungan pertama dalam industri untuk mengecas secara mudah alih yang menjadi kebimbangan utama pemilik EV sebelum ini kerana limitasi infrastruktur stesen pengecasan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Perkhidmatan pengecasan mudah alih ini akan diberikan menerusi Allianz EV Rangers yang pertama di Lembah Klang bagi memastikan kenderaan kehabisan bateri di tengah jalan dapat sampai ke fasiliti mengecas yang berhampiran.

Semasa majlis perasmian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang telah menceritakan contoh situasi pertolongan yang boleh diberikan oleh Allianz EV Rangers.

“Allianz General terus memperhalusi bantuan tepi jalan dan mengutamakan pelanggan. Dengan produk terbaru kami, kami telah mengenal pasti titik sentuh (touchpoint) yang biasa dihadapi oleh pelanggan dan telah mencipta penyelesaian yang menyeluruh,” katanya.

Sebagai contoh, jika EV kehabisan bateri dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, Allianz EV Rangers akan datang mengecas kenderaan terbabit dan boleh meneruskan semula perjalanan.

Perlindungan pengecasan dinding rumah EV sehingga RM15,000

Menurutnya, dengan Allianz EV Shield, pelanggan juga akan mendapat manfaat seperti perlindungan pengecasan dinding rumah kenderaan elektrik sehingga RM15,000 terhadap risiko kebakaran, kilat, kecurian atau bencana alam.

Selain itu, perlindungan kabel pengecas mudah alih sehingga RM2,000 juga akan diberikan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran dan kecurian.

Beliau berkata, terdapat juga perlindungan ehsan sehingga RM5,000 bagi kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan pengecasan EV awam.

Perlindungan sehingga RM50,000 untuk kecederaan pihak ketiga

Selain itu, orang yang diinsuranskan juga dilindungi sehingga RM50,000 untuk kecederaan anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta yang disebabkan oleh penggunaan langsung pengecas dinding EV di rumah oleh orang yang diinsuranskan.

“Dengan Perlindungan EV kami, pelanggan kami akan diberikan pengalaman yang premium yang disukai mereka. Jika berlaku kemalangan, serahkan sahaja kepada Allianz Road Rangers untuk menguruskannya.

“Pelanggan kami tidak akan dipaksa untuk berdepan dengan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang memaksa mangsa untuk membawa kenderaan mereka ke bengkel yang tidak bertauliah. Kami bekerja keras untuk memastikan pelanggan tidak mengalami kesulitan selepas kemalangan atau kerosakan kereta mereka,” katanya lagi.

Kesimpulannya, Allianz EV Shield ini menawarkan perlindungan komprehensif yang direka khas untuk kenderaan elektrik dan melindungi dari segala kemungkinan yang tidak diinginkan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Allianz EV Shield, klik link di sini.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

6 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

7 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

7 hours ago