“Anak Yang Kuat”- Ibu Kongsi Anak Hidap Kanser Tulang Buat Ramai Sebak [Video]

Setiap yang bergelar ibu pasti ingin melihat anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan ceria.

Malah mereka juga sanggup melakukan apa sahaja jika anak yang disayangi itu jatuh sakit selain berdoa agar Allah SWT menyembuhkan setiap penyakit dialami si kecil.

Ibu kongsi kisah perjalanan anak sebagai pesakit kanser tulang

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi permulaan anak perempuan yang berusia sekitar dua hingga lima tahun itu di diagnos menghidap kanser tulang atau osteosarcoma.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @mizsgee29, awalnya si anak mengadu sakit di bahagian kaki dan apabila membuat imbasan x-ray, doktor menjangkakan ia adalah kanser.

Susulan itu, anak perempuan yang dikenali sebagai Jasmin terpaksa dimasukkan ke wad untuk proses biopsi dan pemasangan ‘chemoport’ dilakukan.

Buat pelbagai aktiviti untuk ceriakan anak

Keadaan Jasmin kelihatan sedikit lemah selepas prosedur tersebut berjaya dilakukan. Lebih menyentuh hati, apabila ibu turut berkongsi beberapa foto Jasmin yang mengalami keguguran rambut kerana kesan sampingan rawatan.

Namun ibu dan bapa Jasmin sering menghiburkan anak mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti yang disukainya.

Si kecil dibedah untuk buang tumor pada kaki

Pada 23 Februari lalu, selepas selesai rawatan kitaran chemo Jasmin kemudian dibedah untuk membuang tumor pada kaki dan dimasukkan besi.

“Baru keluar bilik bedah (Operation Theatre), lepas 12 jam pembedahan,” kata si ibu sambil menunjukkan wajah Jasmin.

Selepas dua hari pembedahan kanak-kanak itu menjalani fisioterapi untuk kaki yang telah dibedah.

Si ibu dalam masa sama, turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya agar cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.

Ramai sebak dan doakan Jasmin cepat sembuh

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kekuatan si kecil ini melawan sakitnya.

Malah ada yang tidak sanggup apabila melihat rambut Jasmin berkurangan kerana kesan chemo selain turut mendoakan agar si kecil ini cepat sembuh.

@mizsgee29

Perjalanan Cancer Jasmin daripada mula di diagnos sampai lag sekarang dah settle operation. Jasmin masih dalam proses recover dan physio untuk berjalan semula. Doakan jasmin cepat sembuh dan dapat berjalan macam biasa macam kanak2 lain ye semua🥰😘 #osteosarcoma #mummysayangjasmin #cancerfighter

♬ golden hour – JVKE

“Kuatnya adik Jasmin. Ya Allah berikanlah kesembuhan dan kekuatan kepada adik Jasmin dan kedua ibu bapa”

“Semoga kesembuhan yang sebaiknya buat anak ini, amin ya Allah. Kawan pakcik ada sorang macam ni. Bedah masa kecil juga, osteosarcoma. Sekarang dia jadi pakar onkologi”

“Anak yang kuat, semoga cepat sihat sayang. Doakan buat anak buah aunty juga tengah tunggu keputusan biopsi. Doktor jangka kanser Rhambdomyosarcoma”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

16 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago