“Anak Yang Kuat”- Ibu Kongsi Anak Hidap Kanser Tulang Buat Ramai Sebak [Video]
Menurut si ibu, pada 23 Februari lalu Jasmin telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor selepas selesai kitaran chemo.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang bergelar ibu pasti ingin melihat anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan ceria.
Malah mereka juga sanggup melakukan apa sahaja jika anak yang disayangi itu jatuh sakit selain berdoa agar Allah SWT menyembuhkan setiap penyakit dialami si kecil.
Ibu kongsi kisah perjalanan anak sebagai pesakit kanser tulang
Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi permulaan anak perempuan yang berusia sekitar dua hingga lima tahun itu di diagnos menghidap kanser tulang atau osteosarcoma.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @mizsgee29, awalnya si anak mengadu sakit di bahagian kaki dan apabila membuat imbasan x-ray, doktor menjangkakan ia adalah kanser.
Susulan itu, anak perempuan yang dikenali sebagai Jasmin terpaksa dimasukkan ke wad untuk proses biopsi dan pemasangan ‘chemoport’ dilakukan.
Buat pelbagai aktiviti untuk ceriakan anak
Keadaan Jasmin kelihatan sedikit lemah selepas prosedur tersebut berjaya dilakukan. Lebih menyentuh hati, apabila ibu turut berkongsi beberapa foto Jasmin yang mengalami keguguran rambut kerana kesan sampingan rawatan.
Namun ibu dan bapa Jasmin sering menghiburkan anak mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti yang disukainya.
Si kecil dibedah untuk buang tumor pada kaki
Pada 23 Februari lalu, selepas selesai rawatan kitaran chemo Jasmin kemudian dibedah untuk membuang tumor pada kaki dan dimasukkan besi.
“Baru keluar bilik bedah (Operation Theatre), lepas 12 jam pembedahan,” kata si ibu sambil menunjukkan wajah Jasmin.
Selepas dua hari pembedahan kanak-kanak itu menjalani fisioterapi untuk kaki yang telah dibedah.
Si ibu dalam masa sama, turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya agar cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa.
Ramai sebak dan doakan Jasmin cepat sembuh
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kekuatan si kecil ini melawan sakitnya.
Malah ada yang tidak sanggup apabila melihat rambut Jasmin berkurangan kerana kesan chemo selain turut mendoakan agar si kecil ini cepat sembuh.