Guru Guna Duit Bonus RM2,000 Untuk Hias Kelas Anak Murid

Guru sering diumpamakan sebagai guru lilin yang membakar diri sendiri ini kerana mereka sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak murid berjaya.

Malah ada di antara mereka yang bergelar pendidik ini sanggup berhabisan wang ringgit asalkan dapat membantu anak murid untuk belajar dalam keadaan lebih selesa.

Guru guna duit bonus untuk hias kelas pelajar

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru yang dikenali sebagai Kamal Darwin di sebuah sekolah apabila dia sanggup menggunakan duit bonus yang diterima dari kerajaan untuk membuat pengubah suaian dalam kelas anak muridnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di X (Twitter) guru berkenaan turut menunjukkan beberapa gambar perbezaan sebelum dan selepas bilik darjah itu diubah suai.

Turut dapat dilihat dengan jelas guru itu menukarkan cat dinding kelas berkenaan kepada warna lain, manakala susunannya juga turut di ubah.

Pada gambar selepas ubah suai dilakukan kelihatan bilik darjah tersebut lebih kemas selain lengkap dengan carta organisasi, jadual waktu, jadual bertugas, carta kehadiran serta banyak lagi.

Malah pada bahagian dinding turut diletakkan kata-kata positif untuk membantu pelajar terus bersemangat dalam pelajaran.

Foto: Sebelum diubahsuai (Kamal Darwin)

Ambil masa selama seminggu ubah suai bilik darjah murid

Jelas guru itu, dia mahukan tema yang mudah namun selesa buat para pelajarnya selain memaklumkan tempoh pengubahsuaian bilik darjah itu mengambil masa selama seminggu.

“Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ni.. ni bukan hasil saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkan idea dan pentadbir sekolah serta Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG),” katanya.

Foto: Selepas diubahsuai (Kamal Darwin)

Sudah jadi tanggungjawab untuk sediakan tempat dan persekitaran selesa untuk murid

Kamal dalam masa sama turut menyifatkan dia tidak penat menjadi guru kerana tugasnya bukan sekadar datang sekolah dan mengajar sebaliknya perlu menyediakan tempat yang selesa dan persekitaran ceria termasuklah bersih.

Ujarnya itu merupakan tanggungjawabnya sebagai guru kepada murid sekolah terbabit.

“Ni hasil saya kerja saja walaupun baru tiga bulan dekat sekolah ni! Insya-Allah jika diberikan tiga saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa akan datang.”

Perkongsiannya itu, turut mendapat pujian ramai kerana cuba melakukan yang terbaik demi anak muridnya.

Tidak kurang juga ada menyifatkan bilik darjah yang baru diubah itu kelihatan cantik dan terdapat guru lain yang berkongsi gambar bilik darjah sekolah mereka yang diubah suai.

Untuk makluman semua, pada 10 dan 11 Mac ini para pelajar akan memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2024.

“Terima kasih cikgu, anak-anak akan ingat cikgu sampai mati”

“Saya ingat masa sekolah kita orang kutip duit kelas. Ada tabung keceriaan”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

11 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago