“LRT Nampak Usang, Banyak Warga Asing” – Pelancong Indonesia Dakwa Malaysia Indah Khabar Dari Rupa

Malaysia sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagai makanan yang mampu menarik minat para pelancong antarabangsa datang ke negara ini.

Tidak hanya itu, sektor pelancongan juga merupakah salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi di Malaysia.

Susulan itu, rakyat Malaysia amat mengalu-alukan kedatangan para pelancong luar negara dengan memberi layanan yang terbaik agar pengalaman yang mereka dapat di negara ini menjadi sesuatu yang berharga.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang pelancong dari Indonesia yang mendakwa Malaysia banyak ‘sisi buruk’ sewaktu kunjungannya ke sini.

Melaka Sentral nampak usang, banyak Cina berbanding Melayu?

Menerusi hantaran carousel yang dimuat naik di akaun TikTok @adisetiabudi26, individu terbabit mendakwa sudah tiga kali ke Terminal Pasar Bazaar atau Melaka Sentral namun tetap kelihatan usang dan tidak teratur.

Dia turut mendakwa percutiannya ke Melaka seakan berada di China kerana kebanyakan penduduk di negeri itu adalah berbangsa Cina berbanding Melayu.

Pelancong Indonesia dakwa Kuala Lumpur banyak warga asing, LRT nampak usang

Tidak hanya itu, dia turut memuat naik salah satu gambar bangunan ikonik di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan kapsyen seakan berada di Bangladesh kerana warga negara itu lebih ramai berbanding orang Melayu.

“LRT minta diganti sebab nampak usang tapi masih selesa di pakai walaupun dalamnya banyak warga asing dan berbau,” katanya.

Pergi Batu Caves, tapi ‘complain’ tak banyak Melayu?

Lebih mengejutkan, pelancong tersebut juga kelihatan seakan tidak melakukan ‘survey’ terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia selepas menyatakan pengalamannya ke Batu Caves, Gombak terasa seperti di India kerana kurang orang berbangsa Melayu.

“Saya rasa macam ada di India, kerana di sini kebanyakan orang India, semua Melayu tenggelam (tidak kelihatan),” katanya lagi.

Tidak hanya itu, dia juga turut menyatakan tidak suka dengan makanan di Malaysia kerana dakwanya kebanyakannya adalah berasaskan kari.

Berkongsi lanjut, dia berpendapat bahawa lebih baik sekiranya rakyat Indonesia bercuti ke Thailand atau Vietnam kerana suasana yang lebih menyeronokan.

Tonton carousel penuh di sini.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

3 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago