Bulan Ramadan bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi dan umat Islam diwajibkan untuk menjalankan Rukun Islam yang keempat itu.
Walaupun begitu, individu yang uzur dan tidak mampu lagi untuk berpuasa diberi kelonggaran agar tidak perlu menjalankan ibadah tersebut, sebaliknya hanya membuat bayaran fidyah.
Bagi individu yang mengalami masalah gastrik, kebanyakannya pasti masih boleh berpuasa. Namun begitu, mereka perlu bersedia agar tidak diserang gastrik sewaktu berpuasa sepanjang hari.
Seorang individu menerusi laman X bertanya pada orang ramai tentang tips berpuasa yang dipraktikkan agar tidak diserang gastrik.
Beberapa orang individu mempraktikkan minuman air nabeez iaitu air rendaman kurma. Menurut seorang wanita, minuman tersebut serasi dengan dirinya yang mengalami masalah gastrik, angin dan migrain.
Selain dapat memberi tenaga ketika berpuasa, air nabeez mempunyai pelbagai khasiat seperti berikut:
Seorang individu berkata dia berjaya mengawal daripada terkena serangan gastrik ketika berpuasa dengan mengamalkan bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Antara perkara paling penting bagi pesakit gastrik adalah tidak membiarkan perut dalam keadaan kosong, walaupun sewaktu berpuasa.
Seorang individu berkata bahawa perut boleh diisi ketika sahur dengan mengambil makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal dan salad. Selain itu, perbanyakkan protein seperti ayam, ikan, daging dan telur untuk memberi tenaga.
Dia menasihati agar melebihkan sayur memandangkan ia akan mengambil masa untuk dihadam dan mengisi perut lebih lama.
Di samping tidak membiarkan perut kosong, penting juga agar mengawal pengambilan makanan berminyak, pedas dan yang mengandungi gluten.
Seorang wanita juga menasihati agar tidak makan secara berlebihan ketika sahur.
Seorang pengguna laman X menyarankan agar mengambil makanan semula jadi dan bukan makanan ultra diproses. Dia juga mencadangkan supaya mengambil lemak sihat seperti mentega dan minyak sapi.
Tambahan pula, terdapat juga individu yang mencadangkan agar mengambil makanan berkabohidrat ringkas seperti keledek.
Selain daripada makan ketika sahur, pengambilan hidangan ketika berbuka juga perlu dijaga.
Seorang individu berkata boleh berbuka puasa dengan mengambil yogurt, buah-buahan atau minuman manis dahulu. Setelah solat Maghrib, barulah makan hidangan berat seperti nasi.
Diingatkan supaya anda tidak melambatkan berbuka puasa juga agar perut tidak dibiar kosong terlalu lama.
Walaupun seseorang itu mengalami gastrik, namun selalunya dia masih mempunyai kemampuan untuk berpuasa dalam bulan Ramadan.
Perkara ini turut dipersetujui oleh beberapa individu bahawa mereka tidak diserang gastrik pada bulan puasa.
Seorang wanita berkata niat berpuasa pada bulan Ramadan turut membantunya untuk menyelesaikan ibadah tersebut tanpa mengalami serangan gastrik.
Umat Islam secara amnya pasti tahu sahur merupakan satu ibadah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Sahur merupakan amalan yang membezakan puasa antara umat Islam dengan ahli kitab. Malah, disunatkan juga agar melewatkan sahur.
Baca Artikel Berkaitan: Ramadan Nak Dekat, Ini 5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Sahur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Haram Jual Beli Makanan Dengan Orang Yang Ponteng Puasa Di Bulan Ramadan – Ustaz Azhar Idrus [Video]
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…