fbpx
Now Reading
Ramadan Nak Dekat, Ini 5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Sahur [Video]

Ramadan Nak Dekat, Ini 5 Jenis Makanan Terbaik Untuk Sahur [Video]

Antara juadah yang baik untuk dimakan ketika bersahur dan dapat membantu anda untuk kenyang lebih lama adalah makanan yang mengandungi karbohidrat baik seperti oat, keledek, kentang dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik lagi beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

Seperti yang diketahui apabila tiba bulan mulia ini seluruh umat Islam akan menjalankan ibadah puasa. Oleh itu, pasti ada di antara korang yang mungkin sedang membuat persiapan untuk berpuasa seperti menu berbuka, sahur dan banyak lagi.

Namun dalam membuat perancangan menu makanan pasti korang ingin sesuatu yang berkhasiat dan mampu untuk membuatkan rasa kenyang lama khususnya ketika sahur.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan iaitu Doktor Qarafi Tee telah berkongsi dik TikTok beberapa jenis makanan yang terbaik untuk sahur.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan kepada anda lima jenis makanan yang terbaik untuk diambil ketika sahur.

#1 Telur

Foto: Pexels

Telur merupakan antara makanan yang mempunyai sumber protein tinggi serta mengandungi lemak yang baik untuk anda.

Bukan hanya itu, telur juga mempunyai mikronutrien seperti vitamin A, Vitamin B12 dan ia bagus untuk membuatkan badan anda menghasilkan tenaga yang lebih.

Yelah apabila berpuasa kita menjalankan rutin seperti biasa dan ia memerlukan tenaga yang lebih memandangkan anda tidak boleh makan atau minum pada waktu siang.

Maka dengan pemakanan ini ia akan membuatkan anda bertahan lebih lama agar anda tidak mudah lapar.

#2 Greek yogurt

Foto: Pexels

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk menurunkan berat badan ketika Ramadan ini atau inci pinggang, greek yogurt merupakan makanan yang sesuai untuk diamalkan semasa bersahur.

Greek yogurt sama seperti telur dimana ia mempunyai banyak mikronutrien seperti B12, zinc, kalsium dan banyak lagi. Bukan hanya itu khasiat dalam yogurt ini juga bagus untuk kesihatan tulang anda.

Selain itu, ia juga boleh membantu anda untuk cepat kenyang. Malah kajian turut menunjukkan terdapat segelintir yang mengamalkan greek yogurt ini berjaya menurunkan berat badan, inci pinggang dan lemak berkurangan.

#3 Tukar makanan kepada karbohidrat yang baik

Foto: Pexels

Menurut Dr Qarafi sebelum ini dia tidak menyarankan orang ramai untuk mengambil karbohidrat namun ia tidak bermakna anda tidak boleh mengambilnya langsung. Tetapi ia hanya boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit.

“Kalau korang makan nasi ke roti canai ke sebagainya, bila satu pinggan ke satu keping mana pernah cukup.

“Mesti kita akan tambah-tambah,” katanya.

Dia bagaimanapun mencadangkan orang ramai yang ingin menurunkan berat badan untuk bertukar kepada karbohidrat baik (good carbohydrate). Good carbohydrate ini merujuk kepada sesuatu makanan yang bukan ciptaan manusia seperti buah epal.

Buah epal merupakan sejenis buah-buahan yang kaya dengan fibre namun dalam masa sama ia juga mengandungi karbohidrat.

Antara makanan lain yang merupakan karbohidrat baik adalah:

  • Quinoa
  • Oat
  • Kentang
  • Keledek
  • Beras perang
  • Roti gandum
  • Pasta gandum

#4 Lemak baik

Foto: Pexels

Cakap mengenai lemak pasti ada yang bimbang khususnya bagi mereka yang mungkin sedang menjaga makan. Kalau boleh nak tak nak makanan berlemak kerana takut tak boleh nak berhenti.

Namun lemak ini penting juga dalam pemakanan yang sihat jadi korang boleh pilih untuk lemak yang baik.

Antara kepentingan lemak baik ini adalah ia membantu menyerap vitamin dalam badan, meningkatkan fungsi sel dalam badan, memberikan tenaga dan banyak lagi.

Jenis makanan yang mempunyai lemak baik adalah seperti kekacang, buah avokado, ikan salmon dan macam-macam lagi.

“Apa yang bagus lemak baik ini tidak ada ‘spike of sugar’ (peningkatan gula) jadi apabila ia menurun anda tidak rasa cepat lapar,” katanya lagi.

#5 Kurma

Foto: Pexels

Kurma merupakan buah yang sangat terkenal khususnya apabila masuk bulan Ramadan, sebenarnya terdapat banyak khasiat yang ada pada buah ini.

Malah ia juga turut menjadi antara makanan sunnah Nabi SAW, buah ini mengandungi fiber yang sangat tinggi namun memiliki jumlah protein yang rendah.

Akan tetapi pengambilan fiber juga boleh membuatkan korang cepat kenyang selain ia turut mempunyai pelbagai nutrien dan ia dapat membantu seseorang untuk menahan lapar lebih sepanjang berpuasa.

Walau bagaimanapun, jika terdapat beberapa makanan yang kurang disukai atau tidak boleh dimakan atas faktor kesihatan. Korang boleh makan lauk-pauk lain seperti biasa namun pada kuantiti yang bersesuaian.

Melihat di ruangan komen ramai yang turut berkongsi pemilihan makanan mereka ketika bersahur.

Tidak kurang juga ada yang berterima kasih kerana memberikan mereka idea untuk bersahur nanti.

@qarafitee

5 makanan terbaik untuk bertahan lama dan juga improve kesihatan korang! #viral #fyp #drqarafitee

♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

“Saya air suam je, tak pernah makan nasi, makan nasi lapar jam 8 pagi”

“Saya makan epal merah sebiji, kurma tiga biji bersama susu dan air putih”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.