“Sedap”- Acik-Acik Jepun Gembira Makan Bihun Goreng Dimasak Lelaki Malaysia [Video]

Setiap kali berada di negara luar pastinya kita akan teringat makanan yang ada di negara sendiri apatah lagi apabila juadah itu merupakan antara makanan yang menjadi pilihan ramai.

Oleh itu, ramai yang akan cuba untuk memasak makanan yang diinginkan sendiri, malah ada yang sanggup membawa masuk beberapa bahan dari negara mereka demi membuat makanan tersebut.

Guru masak bihun goreng untuk acik Jepun

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki Malaysia yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Hioki, Jepun telah memasak bihun goreng untuk diberi kepada geng mak cik Jepun yang juga rakannya.

Dalam video tersebut, guru berkenaan telah memasak bihun berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

Selain itu, dia turut menunjukkan cara-cara memasak bihun goreng tersebut bermula dari proses mengisar cili merah sehinggalah bihun itu siap digoreng.

Sebaik selesai dimasak, guru lelaki itu kemudiannya menghidangkan makanan tersebut kepada orang ramai.

Acik-acik Jepun puji sedap

Seorang lelaki Jepun lalu merasai bihun tersebut dan memuji kesedapannya dengan menunjukkan 👍🏻 ‘thumbs up’. Beberapa lagi makcik Jepun turut memuji dan menyifatkan ia pedas serta enak.

“Sangat puas hati semua layan (suka) bihun goreng dengan sedapnya. Makcik-makcik Jepun ni memang suka sangat Malaysia,” ujarnya.

Malah dia turut meminta pelancong Malaysia yang datang ke Jepun untuk melawat Hioki.

Dalam video lain, guru tersebut turut berkongsi kehidupan hariannya sebagai guru di negara Matahari Terbit itu.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji guru tersebut kerana suka dengan konten yang dilakukan.

Tidak kurang juga ada yang bertanya sekiranya guru berkenaan boleh menjadi pemandu pelancong.

“Tahniah bang jadi duta kecil Malaysia, besar jasa abang kepada negara”

“Abang memang terbaik, dah jadi macam duta Malaysia dekat Jepun. Suka konten abang”

“Perghh sampai Datuk Bandar pun join”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

19 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago