Wanita Beri Tips RM300, Sebak Penghantar Makanan OKU Tetap Cari Rezeki Ketika Hujan [Video]

Di saat ketidaktentuan ekonomi dunia ini, pasti pelbagai cara yang digunakan oleh ramai orang untuk mencari rezeki termasuk dengan melakukan pekerjaan sambilan seperti menjadi penghantar barangan atau makanan.

Malah, ada yang menjadikan pekerjaan sedemikian sebagai mata pencarian utama atas sebab-sebab tertentu.

Bagi golongan sebegini, pasti tidak kira cuaca panas atau hujan lebat, tetap meredah jalan raya demi mencari rezeki yang halal.

Wanita terharu, penghantar makanan tetap hantar pesanan di saat hujan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan dan influencer wanita meluahkan perasaan terharunya terhadap penghantar makanan yang tetap menghantar pesanannya meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @sugardollbynn, wanita terbabit juga memberikan tips kepada penghantar makanan tersebut sebanyak RM300.

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, akak percaya selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan hadirkan bantuan dan izinkan kita menuai hasil usaha kita, yang penting jangan malas,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Penghantar makanan tetap cari rezeki di saat hujan rupanya OKU

Lebih mengharukan, apabila wanita tersebut mendedahkan rider lelaki yang menghantar makanan kepada merupakan orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, penghantar makanan OKU terbabit seharusnya dijadikan contoh buat individu-individu lain agar tidak malas dalam mencari rezeki.

“Yang mana macam biawak hidup, banyak alasan. Akak doakan korang jadi malu dengan diri sendiri sebab abang ini yang OKU lagi rajin dari kita yang sempurna,” katanya lagi.

@sugardollbynn

Kdg2 Allah hadirkan kita cerita dpn mata utk pengajaran. Dlm rezeki kita ada rezeki org lain.akk percaya selagi mana kite berusaha, selagi tu la allah akan hadirkan bantuan dan izinkan kita utk menuai hasil usaha kita. Yg penting jgn malas. Kalau malas elok mampos😂 Because to be honest each of us sedang struggle dan berjuang dlm cerita masing2, akk doakan semoga urusan kalian dipermudahkan. Yg mana mcm biawaj hidup, bnyk alasan. Akk doakan korg jd malu dgn diri sendiri sbb abg ni yg OKU lg rajin dr kita yg sempurna. Kepada kalian, klu ternampak akk dkt bazaar jgn lupa hi ok? Nti kite sama2 kongsi rezeki! Salam ramadhan! #ramadhan #grabfood #grabrider #motivationalvideo #fyp

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Netizen pakat sebak, rupanya ramai rider yang tetap hantar makanan ketika hujan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut merasa sebak melihat penghantar makanan OKU tersebut yang tetap gigih mencari rezeki tanpa mengira keadaan cuaca.

Malah, ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman sama sebagai penghantar makanan yang tidak hiraukan keadaan cuaca hujan lebat demi mencari sesuap nasi.

Kadang kita terlalu mengeluh dengan kehidupan kita yang sederhana sedangkan masih ramai yang jauh lebih susah namun tidak mengeluh.

Semoga bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dapat melatih diri kita untuk lebih bersyukur dan berkongsi rezeki yang ada.

Recent Posts

  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

12 mins ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

3 hours ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

4 hours ago