Dapur Kedai Makan Terbakar, Namun Pekerja Masih Tenang Layan Pelanggan [Video]

Sejak di bangku sekolah para guru dan bomba sering mendidik pelajar langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi kecemasan seperti kebakaran.

Malah pendidikan ini masih diterapkan sehingga bekerja apabila terdapat segelintir syarikat yang akan mengadakan latihan kebakaran untuk orang ramai peka dengan tindakan yang harus dilakukan.

Bukan hanya itu, setiap bangunan termasuk rumah turut disarankan untuk menyimpan alat pemadam api dan sentiasa memeriksa tarikh luputnya agar ia boleh digunakan apabila berlaku kebakaran kecil.

Dapur kedai makan di Semenyih terbakar

Baru-baru ini, tular satu video di akaun TikTok @aldi87816 memaparkan pelanggan berdepan dengan situasi cemas apabila dapur sebuah restoran dipercayai di Semenyih terbakar.

Menerusi video tersebut awalnya, kelihatan pelanggan di kedai tersebut sedang menikmati makanan mereka sewaktu duduk di meja luar berdekatan dengan dapur restoran berkenaan.

Namun tiba-tiba Aldi terlihat banyak asap keluar dari dapur sebelum menyedari dapur itu sebenarnya terbakar.

“Sebelum kejadian ingat main api dekat dapur, rupanya betul-betul,” tulisnya.

Malah pekerja di kedai makan tersebut juga kelihatan tenang membawa pesanan pelanggannya.

Kelihatan api mula marak di bahagian dapur dan asap berkepul-kepul

Namun dalam satu lagi video yang dimuat naik Aldi, kelihatan api di bahagian dapur mula marak menyebabkan dia dan pelanggan lain mula berasa cemas dan menjauhkan diri meninggalkan meja masing-masing.

Malah Aldi bersama rakannya memanggil pekerja restoran berkenaan untuk memaklumkan bahawa dapur mereka sedang terbakar selain meminta mereka menggunakan kain basah bagi mengawal kebakaran.

Turut kedengaran dia meminta pelanggan yang duduk berdekatan dapur itu untuk menjauhinya kerana bimbang jika ia akan merebak dan mengancam nyawa.

“Ambil tuala basah dan tutup (tempat kebakaran),” kata rakan Aldi kepada pekerja restoran berkenaan.

Malah ada juga yang menyatakan jangan guna air secara terus kerana ia akan membuatkan api lebih besar.

Pelanggan segera keluar dan alih kenderaan berdekatan

Api kemudiannya menjadi lebih marak menyebabkan pelanggan mula mengalihkan kenderaan masing-masing.

Terdapat juga segelintir dari pelanggan bertanya sama ada restoran itu mempunyai alat pemadam api. Mereka lalu duduk di bahagian luar sambil melihat restoran yang sudah dipenuhi dengan asap daripada kebakaran berkenaan.

Perkongsian video memaparkan kejadian restoran terbakar itu turut menjadi sohor di X.

Melihat di ruangan balas, ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui pengalaman sama.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh daripada kejadian tersebut selain menyifatkan kelihatan pekerja di kedai tersebut nampak tenang meskipun sedang berdepan situasi bahaya.

Restoran beroperasi seperti biasa esok harinya

Walau bagaimanapun, menurut Aldi dalam satu lagi video lain restoran itu kembali beroperasi seperti biasa keesokan harinya walau dapur sudah terbakar.

Malah menurutnya lagi tiada nyawa terkorban dilaporkan.

“Kejadian kebakaran yang paling relax aku tengok”

“Dulu tengah makan dengan kawan, kedai terbakar. Boleh pula dia bawa keluar nasi dengan air dulu. Dia cakap apa-apa perut kena isi dulu”

“Relax je macam tak ada apa-apa”

Recent Posts

  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

31 mins ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

1 hour ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

2 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago