“Arahan Kantin Sekolah Dibuka Ketika Ramadan Seperti Tak Hormat Bulan Puasa” – Ketua Dewan Ulama PAS

Sesi persekolahan baru sahaja bermula pada minggu ini yang kebetulan juga jatuh pada awal Ramadan. Sehubungan dengan itu, timbul banyak perbahasan mengenai sama ada kantin sekolah patut dibuka atau ditutup sewaktu bulan Ramadan.

Pada 11 Mac, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengeluarkan arahan agar kantin sekolah beroperasi seperti biasa sewaktu dalam bulan Ramadan.

Fadhlina turut menasihati pengusaha kantin sekolah agar meneruskan operasi pada bulan puasa walaupun sekolah mempunyai kurang 10% pelajar bukan Islam.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak disambut baik oleh PAS yang menganggap arahan tersebut sebagai keterlaluan. Ia juga disifatkan seolah-olah tidak menghormati bulan puasa dan sengaja mencetuskan polemik, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Ahmad bin Saad @ Yahaya.

Pelajar Bukan Islam Boleh Bawa Bekal

Dia berkata pelajar bukan Islam sebaliknya boleh membawa bekal makanan dan makan di ruangan yang disediakan. Perkara ini dipercayainya memadai dan arahan tidak perlu dikeluarkan pihak kementerian agar kantin kekal beroperasi.

“Ironinya, DUPP melihat menteri sendiri gopoh dalam mengeluarkan arahan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan para pelajar Muslim yang harus diasuh untuk berpuasa sejak daripada kecil. Perkara sebegini hanyalah mencetuskan polemik tidak perlu dan membuang masa.”

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Ahmad Yahaya

Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan bahawa perkara itu boleh berlaku secara harmoni tanpa arahan dikeluarkan mengenai pengoperasian kantin di sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Ia juga tidak bermaksud sebagai halangan terhadap pelajar bukan Islam untuk makan di sekolah, tetapi sebagai satu bentuk didikan agar menghormati bulan Ramadan, katanya dipetik MalaysiaKini.

Pendidikan Kepentingan Berpuasa

Tambah Ahmad lagi, sudah menjadi satu kebiasaan buat penduduk di Malaysia dan uruf setempat agar menghormati umat Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadan. Ini juga termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.

Dia berkata langkah perlu dimulakan bagi mendidik pelajar Islam tentang kepentingan berpuasa.

Dalam masa yang sama, dia menganggap perkara ini juga akan menyebabkan pelajar bukan Islam menghayati kepentingan berpuasa walaupun ibadah itu tidak wajib bagi mereka.

Pupuk Sifat Hormat Antara Pelajar

Fadhlina sebelum ini berkata proses untuk memahamkan pelajar bukan Islam kepada ibadah puasa yang dijalani rakan Islam adalah penting agar sifat saling hormat-menghormati dapat dipupuk.

“Kantin mesti dibuka. Kedua mesti ada dari segi pendidikan berkaitan dengan ke arah dan hormat khususnya sekolah-sekolah yang mempunyai anak-anak yang bukan Islam. Jadi proses pendidikan untuk memahamkan dan menghormati antara satu sama lain sangat penting.”

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Berkenaan saranannya agar kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan, menteri itu berkata ini kerana bukan semua kanak-kanak Islam, terutamanya pada usia awal, yang diwajibkan berpuasa. Malah, ia juga sebagai menghormati pelajar bukan Islam.

Pengusaha Tidak Setuju Buka Kantin Jika Pelajar Bukan Islam Kurang 10%

Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa sebelum ini dilaporkan berkata pihak kementerian seharusnya menyerahkan keputusan berhubung pembukaan kantin sekolah berdasarkan pertimbangan pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin mengikut keperluan pelajar.

Dia memaklumkan bahawa sekiranya kantin sekolah diarahkan beroperasi di bulan Ramadan, pengusaha mungkin terpaksa menanggung kos operasi lebihan jika nilai jualan tidak mencukupi.

Kredit foto: kasihmakanlaila

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

2 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

3 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

3 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

3 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

4 hours ago