Warga Emas Jatuh Terduduk Ketika Solat Berjemaah Selepas Kerusi Diambil Kanak-kanak [Video]

‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, begitulah peribahasa yang sering kita dengar bagi menggambarkan betapa pentingnya pendidikan di awal usia kanak-kanak.

Maka tidak hairanlah jika di masjid atau surau, pasti akan ada segelintir ibu bapa yang membawa anak-anak dengan tujuan dan niat agar si kecil itu dapat mempelajari serta merasai sendiri pengalaman solat secara berjemaah.

Bagaimanapun, sikap kenakalan kanak-kanak kecil yang keterlaluan tanpa dipantau oleh ibu bapa pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang segelintir jemaah.

Tular rakaman CCTV, jemaah warga emas jatuh terlentang ketika solat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki warga emas jatuh terlentang semasa sedang solat berjemaah di sebuah masjid.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zam_halo, kelihatan warga emas berbaju biru itu segera berada dalam keadaan duduk selepas dia terjatuh.

Warga emas jatuh ketika solat gara-gara kerusi diambil budak kecil

Difahamkan, jemaah berkenaan terjatuh selepas kerusi yang digunakannya untuk duduk ketika sujud telah diambil dan dialihkan oleh seorang kanak-kanak yang berada di dalam masjid tebabit.

Kelihatan kanak-kanak kecil itu kemudiannya membawa kerusi berkenaan dan meletakkan ia berhampiran seorang lagi jemaah yang sedang solat dipercayai ayahnya.

Insiden itu menyebabkan warga emas berkenaan terpaksa menyambung solatnya dalam keadaan duduk dengan keadaan kaki berlunjur ke depan.

@zam_halo

ASSALAMUALAIKUM. USTAZ BOLEH JELASKAN TAK SITUASI INI. APA HUKUMNYA BAWA ANAK KE MASJID. #sahabatzamhalo #teamfightersempoi #sahabataa #sahabatbosskay #teamrealsupporteraurasifu

♬ original sound – ZAM HALO – ZAM HALO

Netizen beri pelbagai reaksi

Video berdurasi hampir 3 minit itu telah mendapat perhatian ramai sekaligus meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasib warga emas itu selain menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak yang di bawa ke masjid atau surau.

Jelas mereka lagi, anak-anak kecil yang terlalu nakal dan sukar dikawal sebaiknya tidak dibawa ke masjid terlebih dahulu.

Pun begitu, ada juga yang berpandangan sebaliknya apabila menyatakan perkara yang berlaku itu adalah sesuatu yang normal melibatkan kanak-kanak kecil di masjid.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago