Umum mengetahui setiap umat Islam diwajibkan berpuasa malah ia merupakan salah satu perkara wajib yang terkandung dalam lima rukun Islam.
Walau bagaimanapun, ibadah berpuasa tidak wajib kepada seseorang yang berada di dalam beberapa keadaan seperti bermusafir atau sakit, tidak mampu seperti mengandung atau menyusukan anak.
Oleh itu, mereka perlu mengantikannya dengan berpuasa sebelum Ramadan yang akan datang kembali atau membuat pembayaran fidyah bagi seseorang yang tidak berkemampuan untuk menggantinya atau lambat (tidak ganti sebelum puasa Ramadan seterusnya).
Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang Muslim yang telah baligh disebabkan melanggar sesuatu hukum seperti berpuasa, haji dan sebagainya. Namun bagi ibadah puasa, fidyah ini dikenakan kepada mereka yang meninggalkan puasa berkenaan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia dibayar mengikut berapa bilangan hari puasa itu ditinggalkan oleh seseorang individu.
Walau bagaimanapun seseorang perlu tahu kepada siapakah fidyah itu harus diberikan. Ini kerana, sekiranya ia dibayar kepada golongan yang salah maka fidyah tersebut adalah tidak sah.
Antara golongan yang wajib membayar fidyah adalah:
Baru-baru ini, pendakwah iaitu Datuk Syeikh Faisol Omar telah mengingatkan orang ramai agar membayar fidyah kepada golongan yang sepatutnya.
Menurut mantan Pegawai Hal Ehwal Islam Kedah itu di TikTok, terdapat dua golongan yang berhak untuk menerima bayaran fidyah iaitu faqir dan miskin.
“Kalau bagi kepada yang lain daripada itu, maka fidyah tidak sah. Waris-waris yang nak bayar fidyah puasa ibu bapa yang telah meninggal dunia contohnya maka carilah penerima fidyah itu dari kalangan orang fakir dan miskin saja.
“Jangan bayar kepada yang lain daripada dua tu kerana tak sah fidyah itu,” katanya dalam video berkenaan.
Jelasnya lagi jika tidak mahu bersusah payah mencari golongan faqir dan miskin maka anda boleh berurusan di kaunter Majlis Agama Islam. Sebaik pembayaran diterima maka pihak mereka akan mengagihkannya kepada dua golongan berkenaan.
“Pesanan saya kalau fidyah yang melibatkan kuantiti yang banyak contoh beras sampai 20 kampit, jangan bawa beras tu dan letak di surau atau di masjid. Kemudian buat pengumuman selepas sembahyang.”
Perkara ini sebaiknya dielakkan kerana bimbang sekiranya individu yang mengambil beras berkenaan tidak semua tergolong dalam golongan faqir dan miskin.
Oleh itu, beliau menyarankan orang ramai untuk berhati-hati ketika membayar fidyah dan berikan kepada golongan yang betul agar fidyah yang dibayar sah.
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, fidyah boleh dibayar kepada amil yang dilantik pihak berkuasa seperti PPZ Wilayah Persekutuan. Bagi negeri lain pula, boleh dirujuk kepada Lembaga Zakat di negeri masing-masing.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…