Dengar Bunyi Kucing Dalam Enjin, Rupanya Si Bulus Sorok Dalam Tayar Kereta [Video]

Kepada mereka yang membela kucing di rumah, hanya korang je yang faham betapa nakalnya sesetengah kucing dengan perangai pelik mereka.

Walaupun mereka hanya bersaiz kecil tetapi tepat sungguh dengan peribahasa ‘Kecil-kecil cili padi’ yang membawa maksud bertubuh kecil tetapi berani.

Ada sahaja kerenah mereka yang kadangkala pening juga mahu melayannya.

Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur


Anak Kucing Masuk Dalam Enjin Kereta

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@indahmitsubishi), pasangan suami isteri ini dipercayai telah berdepan satu situasi mencemaskan ketika sedang memandu kereta di jalan raya.

Mereka mendakwa terdengar bunyi kucing dan menyangka suara berkenaan datang dari dalam enjin kereta.

Oleh kerana risau dengan perkara yang berlaku, mereka segera menuju ke bengkel berhampiran dan meminta bantuan pekerja di premis terbabit untuk menyemak kenderaan.

Sumber: TikTok @indahmitsubishi

Selepas puas menggeledah kereta tersebut, pekerja bengkel memaklumkan bahawa mereka tidak menjumpai anak kucing itu yang dikatakan berada dalam enjin kereta.

Jadi pemandu bersama pasangannya meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Namun ketika sedang memandu, bunyi kucing itu secara tiba-tiba muncul semula.

Sumber: TikTok @indahmitsubishi

Selepas dicari dengan penuh teliti, rupa-rupanya anak kucing itu berada di kawasan berhampiran tayar kereta.

Jadi untuk mengeluarkan si bulus berkenaan, mereka kembali ke bengkel yang sama untuk mengeluarkan haiwan tersebut dengan selamat.

Akhirnya, kucing tersebut berjaya dibawa keluar dan diberikan makanan kepadanya.

Sumber: TikTok @indahmitsubishi

Difahamkan, kucing itu bukanlah milik pemandu dan dia juga tidak mengetahui dari mana datangnya haiwan terbabit.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.5 juta tontona setakat artikel ini ditulis.

@indahmitsubishi

Kucing masuk dalam bodykit tak reti keluar 🤦🏻‍♀️ @4ruls @MZ tyres specialist Buat hal pulak bulan puasa ni 😹 MZ Tyres Specialist Taman Kobena Terima kasih semua abg mekanik selamatkan anak kucing comel ni 🙏🏻 #capcutedit #kucinglucu #kucing #kucing #protonsaga #sagapremiums #fyp #fypシ #kucingcomel

♬ Funny – Gold-Tiger

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Gelagat Anak Kucing Itu

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas mereka menonton video berkenaan.

Ada netizen yang meluahkan rasa kasihan kepada kucing itu kerana berada di dalam kawasan di bawah kereta yang agak panas.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji tindakan pasangan ini yang bertanggungjawab untuk meminta pertolongan pekerja bengkel untuk mengeluarkan si bulus itu.

“Tahniah tuan. Anda sangat prihatin. Moga Allah permudah segala urusan tuan asbab selamat budak comel ini,” kata netizen.

Malah, sesetengah netizen pula terhibur melihat reaksi kucing berkenaan yang dikatakan membuat muka tidak bersalah selepas dikeluarkan dari bahagian bawah kereta terbabit.

Siap ada yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membela kucing itu dan menamakannya sebagai ‘Saga’.

Sumber: TikTok

Macam-macam hal si bulus ni. Nasib baik comel!

Baca Artikel Berkaitan: Dahulu Hanya Kucing Jalanan, Netizen Pilih Nama ‘Cetel’ Untuk Duta Setel

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Keluar Asap Hitam Dari Ekzos Masa Tengah Drive? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu


Tips Keselamatan Yang Perlu Dilakukan Untuk Tahu Sama Ada Kucing Ada Dalam Enjin Kereta

Situasi yang berlaku kepada wanita ini boleh dikatakan sering berlaku kepada sesetengah individu dan bimbang boleh membahayakan keselamatan haiwan terlibat.

Jadi bagi mengelakkan masalah ini berlaku kepada anda pula, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti sama ada terdapat mana-mana kucing di bawah atau enjin kereta.

Antaranya:

  • Cuba untuk memanggil kucing dan menunggu jika ada sebarang sahutan kedengaran.
  • Semak keadaan bawah kenderaan terlebih dahulu.
  • Bunyikan ‘ram’ dengan kuat ketika menghidupkan kereta untuk memberi tanda amaran kepada kucing.

Risau juga kalau tiba-tiba terdengar bunyi kucing waktu tengah pandu kereta kan?

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati…

27 mins ago
  • Trending

Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]

Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…

49 mins ago
  • Trending

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…

60 mins ago
  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

2 hours ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

2 hours ago