NUTP Kesal Sekolah Lambat ‘Hidu’ Dakwaan Guru Bercinta Dengan Pelajar Lelaki

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pendedahan seorang individu di media sosial yang mendakwa seorang guru wanita mempunyai hubungan terlarang dengan adiknya yang juga pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Selain itu, ibu kepada pelajar berkenaan juga mendapati terdapat kesan kemerahan di bahagian leher anaknya menyebabkan dia lantas membuat laporan polis.

Pelajar terbabit semasa membuat laporan turut mendakwa dia dicium dan dipeluk oleh guru yang sudah berkahwin dan memiliki 5 anak itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Guru Bercinta Dengan Murid: Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Guru wanita ‘sexual grooming’ pelajar lelaki adalah kesalahan etika pendidik

Terbaharu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan tindakan guru terbabit yang melakukan pengantunan (grooming) seksual terhadap pelajarnya merupakan kesalahan etika sebagai seorang pendidik.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, pihaknya memandang serius isu itu kerana ia melibatkan profesionalisme guru berkenaan.

“Bagi NUTP, ia melibatkan isu peribadi bukan perkhidmatan tapi isu etika bagi seseorang guru. Jadi NUTP tidak menerima aduan seperti ini.

“Kedua, isu ini memang satu kesalahan besar dan perkara ini tidak semestinya akan berlaku antara cikgu dan murid, ia boleh terjadi antara pensyarah dan pelajarnya termasuk doktor serta pesakitnya.

“Jadi mana-mana pekerjaan pun tidak membenarkan ada hubungan antara profesionalisme dengan orang yang berada di bawah perkhidmatanya,” katanya dipetik Malaysia Gazette.

Foto Fouzi Singon via MalaysiaGazette

Kesal, sekolah lambat bertindak dan hidu hubungan guru dan pelajar itu

Menurutnya, beliau juga berasa terkilan mengapa pihak sekolah lambat mengambil tindakan atau menghidu mengenai hubungan antara guru dan murid itu.

Tegas Fouzi, kerjasama semua pihak seperti rakan sebaya dan guru adalah perlu bagi mengambil tahu setiap perubahan pelajar untuk memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi.

“Kadang-kadang pelajar, mereka tidak tahu perkara ini. Mungkin bila ada orang dewasa pula, mereka ambil kesempatan seperti kewangan, kemudahan.

“Ada juga yang orang dewasa ini tahu untuk berkata-kata manis kepada murid, jadi mereka ini mudah terpengaruh sebab belum ada pengalaman hidup lagi.

“Disebabkan itu saya kata, pembimbing rakan sebaya (PRS) sangat penting. Mereka ini perlu bergiat aktif untuk hidu perkara seumpamanya agar segera ditangani sebelum berlarutan.

“Kita di sekolah pun ada unit psikologi kaunseling untuk perkhidmatan dan juga unit kaunseling murid. Semua kemudahan ini sudah disediakan,” katanya.

Cadang KPM laksana program khas kesedaran etika dalam pendidikan

Dalam pada itu, Fouzi turut mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan program khas mengenai kesedaran berhubung etika dalam pendidikan memandangkan kes ini masih dalam siasatan.

Sekadar info, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kes terbabit masih dalam siasatan polis.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

31 mins ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

2 hours ago
  • Trending

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka…

3 hours ago
  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

3 hours ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

22 hours ago