fbpx
Now Reading
Telatah Peniaga Tetap Teruskan Jualan Nasi Lemak Walau Kanopi Dah Terbang Undang Perhatian [Video]

Telatah Peniaga Tetap Teruskan Jualan Nasi Lemak Walau Kanopi Dah Terbang Undang Perhatian [Video]

Usahawan dikenali sebagai Hayrie itu dilihat tergamam selepas khemah kanopi secara tiba-tiba ‘terbang’ semasa angin kencang melanda di tempat berniaga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang anda semua boleh lihat, bazar Ramadan pada tahun ini amatlah meriah dengan kunjungan pelanggan yang ramai serta kepelbagaian juadah menarik.

Buat mereka yang bergelar usahawan makanan dan minuman (F&B), bazar Ramadan merupakan ‘spot’ terbaik untuk berniaga sepanjang musim berpuasa.

Namun begitu, bukanlah semua perancangan akan berjalan dengan lancar. Dalam sesetengah kes pasti ada cabaran serta rintangan perlu dilalui oleh para peniaga seperti kekurangan pengunjung atau keadaan cuaca yang buruk.


Angin Kencang Melanda Ketika Sedang Berniaga

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@hayrieswagger) menyaksikan seorang usahawan Nasi Lemak Warisan Che Nah sedang berniaga di bazar Ramadan Kampung Bahtera sekitar Pinggiran Batu Caves.

Rutin harian seorang lelaki dikenali sebagai Hayrie untuk berniaga di situ tidak berjalan seperti kebiasaannya apabila angin kencang melanda akibat hujan lebat.

Menerusi klip video yang dikongsi, Hayrie dilihat sedang bersiap sedia untuk mengemas dan menutup lauk menggunakan plastik sebelum barangan niaga ‘diterbangkan’ angin kencang tersebut.

Sumber: TikTok (@hayrieswagger)

Teruskan Berniaga Walaupun Khemah Kanopi Dah ‘Terbang’

Selepas seketika alangkah terkejutnya Hayrie apabila khemah kanopi gerai telah terbang kerana angin yang cukup kuat itu. Daripada riak wajah Hayrie, jelas kelihatan lelaki itu tergamam dengan situasi berkenaan.

Namun begitu, telatah Hayrie mencuit hati orang ramai selepas dia kembali menyediakan pesanan pelanggan walaupun dalam keadaan huru-hara seperti tiada apa yang telah berlaku.

Sumber: TikTok (@hayrieswagger)

Hayrie ketika dihubungi Buzzkini berkata, dia meneruskan pembungkusan pesanan Nasi Lemak kerana tidak sampai hati membiarkan pelanggan yang sudah lama beratur menunggu dalam hujan lebat.


Reaksi Netizen Lihat Khemah Kanopi Hayrie Yang Terbang

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai telah meluahkan rasa kasihan melihat nasib yang menimpa Hayrie.

Sementara itu, rata-rata dari kalangan netizen juga terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang kembali berniaga walaupun kanopi miliknya sudah terbang.

“Customer nombor satu, khemah terbang belakang cerita,” ujar seorang individu.

Dalam pada itu, segelintir warganet turut menitipkan doa agar segala urusan berniaga pada masa akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sumber: TikTok (@hayrieswagger)

“Customer Baik Hati”

Menerusi hantaran seterusnya, peniaga itu telah berkongsi detik manis apabila pelanggan Nasi Lemak Warisan Che Nah menghulurkan pertolongan untuk mengangkat barangan yang sudah terbang.

Bersyukur sebab customer yang datang selalu beli. Bukan itu saja malah mereka semua bantu tolong saya masa dilanda bencana alam macam ni.

Hayrie.
@hayrieswagger

Part 2 : ( This part rasa “SEBAK” ) Bersyukur sebab customer yang datang selalu beli, bukan itu saja malah mereka semua bantu tolong saya masa dilanda bencana alam macam ni . – “ Sanggup basah menunggu walau hujan turun 😭🫶 “ – Alhamdulillah dan Terima kasih Ya Allah 🤲❤️ #nasilemakwarisanchenah #lariesperfume #laries #foryou #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #meme #viral #klfoodie #alhamdulillah

♬ Ramadan (Arabic Version) – Maher Zain

Alhamdulillah, syukur ada insan-insan yang baik hati datang membantu Hayries sewaktu dalam kesusahan.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam situasi sebegitu khususnya ketika bulan puasa ini, insya-Allah besar ganjaran pahalanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Telatah Peniaga Jual Nasi Lemak Secara Live Siap Boleh ‘Lock’ Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Selamba Jual Roti Di Roadblock Buat Orang Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sempat Screenshot” – Peniaga Di China Jual Barang Laju-laju Buat Ramai Netizen Terhibur

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.