Ini Cara Betul Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga Agar Lebih Sihat [Video]

Semua orang pasti ingin menjalani gaya hidup yang sihat termasuk dari segi pemakanan. Selain daripada mengambil pelbagai jenis makanan secara seimbang, terdapat juga cara penyediaan atau memasak yang akan meningkatkan khasiat makanan.

Seorang doktor perubatan, Dr Karan Raj, telah berkongsi di akaun TikTok miliknya cara-cara yang betul untuk makan beberapa jenis makanan ini agar ia lebih bagus untuk kesihatan.

#1 Roti

Salah satu makanan yang sering menjadi pilihan ketika bersarapan adalah roti. Terdapat pelbagai jenis roti seperti roti putih, roti wholemeal dan roti wholegrain. Selain daripada perbezaan dari segi nutrien, tahukah anda roti berbeza mempunyai indeks glisemik yang berbeza?

Indeks glisemik (GI) adalah ukuran bagaimana karbohidrat di dalam makanan memberi kesan terhadap tahap gula dalam darah. Makanan dengan GI rendah adalah lebih sihat kerana ia akan menyebabkan makanan dihadam dengan perlahan, seterusnya mengelakkan tahap gula dalam darah meningkat dengan mendadak.

Roti putih merupakan jenis roti dengan tahap GI sangat tinggi. Namun begitu, tahap GI roti putih boleh dikurangkan dengan cara membakarnya.

Sumber gambar: Unsplash

Malah, mengikut Dr Karan, jika roti putih dibekukan terlebih dahulu, kemudian dinyah beku sebelum dibakar, tahap GI dapat dikurangkan hampir dua kali ganda.

Katanya, ia berlaku kerana lebih banyak kanji ‘retrograde’, iaitu sejenis kanji tahan (resistant starch) yang terhasil. Kanji ini lebih bagus untuk kesihatan usus kerana ia bertindak seperti serat dan tidak dihadam di dalam usus kecil.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Roti Wholegrain Lebih Berkhasiat Berbanding Roti Putih?

#2 Pisang

Pisang merupakan sejenis buah yang penuh nutrien dan dapat membekalkan tenaga kerana mengandungi jumlah kalium tinggi.

Menurut Dr Karan, pisang yang masih belum masak sepenuhnya dan berwarna hijau sedikit mempunyai kanji tahan lebih 20 kali ganda berbanding pisang kuning.

Kanji tahan bukan sahaja bagus untuk kesihatan usus, tetapi juga meningkatkan tahap kekenyangan seseorang.

Sumber gambar: Unsplash

#3 Epal

Apabila memakan buah epal, kebanyakan orang mesti membuang bahagian tengahnya atau empulur yang mengandungi biji dan sedikit keras.

Sebenarnya, Dr Karan mengingatkan orang ramai agar memakan empulur buah epal setelah membuang bijinya.

Katanya, empulur buah epal mengandungi berjuta-juta mikrob yang bagus untuk tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak prebiotik iaitu serat yang tidak dihadam oleh tubuh badan, tetapi menjadi sumber makanan bakteria sihat di dalam usus.

Selain itu, kulit epal juga elok dimakan kerana ia mengandungi majoriti fitokimia dan serat. Pengambilan fitokimia dapat mengelakkan masalah diabetes, obesiti, kanser dan penyakit kardiovaskular.

Sebagai maklumat tambahan, biji epal mengandungi sejenis kimia yang menghasilkan sianida berbahaya. Walaupun termakan beberapa biji epal mungkin tidak membahayakan kesihatan, tetapi lebih elok jika ia dielakkan sama sekali.

Sumber gambar: Unsplash

#4 Kobis Bunga

Kobis bunga merupakan salah satu jenis sayur-sayuran dari genus Brassica atau ‘cruciferous’ sama seperti kobis dan brokoli. Dr Karan menasihati agar sayur-sayuran ‘cruciferous’ dipotong 40 minit sebelum memasaknya.

Perkara ini akan menghasilkan lebih banyak antioksida sulforaphane yang kaya dengan sulfur dan amat bagus untuk kesihatan. Ia dikaitkan dengan pelbagai kebaikan dan dianggarkan dapat melindungi daripada kanser, penyakit jantung dan diabetes.

Menurut Healthline, sayur-sayuran mentah mengandungi lebih banyak sulforaphane berbanding yang telah dimasak. Cara terbaik untuk mendapatkan kadar sulforaphane optimum apabila memasak sayur-sayuran adalah dengan cara mengukusnya selama satu hingga tiga minit.

Sumber gambar: Unsplash

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

30 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago