Isu Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart Menghadap Agong Di Istana Negara Untuk Mohon Ampun

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Ser Dr Chai Kee Kan di Istana Negara.

Menerusi hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap Seri Paduka Baginda itu telah berlangsung selama 15 minit di Istana Negara, hari ini (3 April).

Chai mohon ampun kepada Agong dan seluruh umat Islam

Dalam sesi menghadap itu, Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Sultan Ibrahim bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).

“Sekali lagi saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda.

Tular jumpa stoking kalimah Allah di KK Mart Bandar Sunway

Terdahulu, tular di media sosial berhubung isu kedai serbaneka, KK Super Mart di cawangan Bandar Sunway menjual stoking tertera kalimah Allah.

Meskipun Chai sudah membuat permohonan maaf, siasatan berhubung isu berkenaan tetap diteruskan pihak berkuasa selepas mendapat gesaan daripada banyak pihak.

KK Mart saman syarikat pembekal lebih RM32 juta

KK Mart turut memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarahnya yang membekalkan stoking berkenaan pada 25 Mac lalu.

KK Mart menuntut rugi RM1.5 juta setiap minggu sehingga tarikh penghakiman berikutan kehilangan keuntungan daripada purata perniagaannya dan ganti rugi kerosakan nama jenama berjumlah RM10.5 juta.

KK Mart juga menuntut RM20.3 juta bagi pembatalan cadangan penyenaraian IPO di Bursa Malaysia, ganti rugi teruk dan teladan yang akan ditaksirkan kemudian dan kos lain.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah, KK Mart Saman Syarikat Pembekal Lebih RM32 Juta

Pengasas KK Mart dan isteri didakwa di mahkamah kerana lukakan hati umat Islam

Dalam pada itu, Chai dan isterinya turut didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melukakan perasaan umat Islam.

Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) yang juga dibaca bersama Seksyen 298 KK yang boleh membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: Stoking Kalimah Allah: Pengasas KK Mart Didakwa, Hadapi Tuduhan Lukakan Perasaan Umat Islam

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

8 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

12 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

12 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

12 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

13 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

13 hours ago