Sejak semalam, orang ramai sudah mula memenuhi lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut 1 Syawal bersama-sama keluarga tercinta.
Antara pesanan yang sering didengari setiap kali menjelang Aidilfitri pastinya untuk sentiasa berhati-hati.
Selain berhati-hati, sikap mengalah ketika memandu juga amat penting bagi mengelakkan sebarang insiden yang tak diinginkan berlaku.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan dua kenderaan saling berhimpit sebelum terlibat dalam kemalangan dipercayai pada 7 April lalu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook DashCam Malaysia, kelihatan sebuah Proton Waja sedang berada di laluan kiri sebuah lebuh raya.
Proton Waja terbabit dilihat dalam keadaan mencari ruang untuk menukar laluan ke sebelah kanan dipercayai kerana ingin memotong sebuah treler dihadapannya.
Bagaimanapun, tindakan pemandu Proton Waja itu menukar lorong secara mengejut menyebabkan sebuah Honda City yang sedang bergerak laju di lorong kanan terpaksa memperlahankan kenderaannya.
Perkara itu menyebabkan pemandu Honda City berkenaan tidak berpuas hati dan mengambil keputusan untuk kembali memotong di laluan kiri tanpa memberi ruang kepada pemandu Proton Waja yang sudah memberi isyarat untuk masuk semula ke laluannya.
Berdasarkan rakaman terbabit, dapat dilihat aksi himpit-menghimpit di antara kedua-dua pemandu berlaku sebelum berlaku pergeseran menyebabkan Proton Waja hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan.
Lebih parah lagi, Proton Waja itu juga dilihat terbalik selepas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.
Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang diterima berhubung kejadian itu daripada pihak berkuasa.
[Kemaskini] Kes Waja & Honda City Berhimpit Hingga Kemalangan, 2 Individu Cedera
Polis mengesahkan pemandu dan seorang penumpang Waja berkenaan cedera ringan selepas kenderaan terbabit terbabas di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Baca di sini.
Penularan video terbabit mendapat perhatian ramai sekali gus mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.
Sebahagian pengguna Facebook meletakkan keselahan sepenuhnya kepada pemandu Waja itu kerana lambat memberi isyarat sebelum menukar lorong dan bertindak melanggar Honda City itu terlebih dahulu selepas menerima provokasi.
Ada juga yang mengecam Honda City berkenaan kerana gagal mengawal emosinya.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen mendakwa kedua-dua pemandu bersalah kerana tidak saling mengalah dan mempunyai ego yang tinggi.
‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…
Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…
Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…
Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…
Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…
Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…