fbpx
Now Reading
Kes Waja & Honda City Berhimpit Hingga Kemalangan, 2 Individu Cedera

Kes Waja & Honda City Berhimpit Hingga Kemalangan, 2 Individu Cedera

Terdahulu seorang pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab mendakwa pemandu Perodua Waja itu maut akibat kemalangan selepas berhimpit dengan Honda City terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dua hari lalu, (7 April) kecoh di media sosial satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan dua kenderaan iaitu Honda City dan Proton Waja saling berhimpit sebelum akhirnya kemalangan.

Insiden itu bermula apabila Waja terbabit menukar lorong dari kiri ke kanan menyebabkan pemandu City tidak berpuas hati llalu mengekorinya rapat sebelum berlaku aksi himpit menghimpit.

Sikap baran yang dipamerkan kedua-dua pemandu akhirnya membawa kepada kemalangan dan Proton Waja terbabit hilang kawalan lalu terbalik.

Timbul dakwaan palsu pemandu Waja meninggal dunia

Melihat dari keadaan kereta Waja tersebut, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib pemandu dan penumpang di dalam kerera tersebut.

Namun tidak lama kemudiannya tular dakwaan pemandu Waja berkenaan maut. Ini selepas seorang pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab telah membuat kenyataan bahawa pemandu tersebut adalah bapanya.

Baca artikel berkaitan: “Dua-dua Panas Baran…” – Tular Honda City & Proton Waja Saling Berhimpit Hingga Kemalangan [Video]

Waja dinaiki 2 individu, kedua-duanya cedera ringan

Terbaharu polis mengesahkan pemandu dan seorang penumpang Waja berkenaan cedera ringan selepas kenderaan terbabit terbabas di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan yang mengatakan pemandu berkenaan meninggal dunia.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Kahar sebelum kemalangan, kedua-dua kereta telah memandu secara cuai, melulu serta membuat provokasi kerana tidak berpuas hati dengan pemanduan masing-masing.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar pula menjelaskan insiden berlaku pada jam sekitar 10.15 pagi.

Siasatan lanjut pihak polis juga mendapati Proton Waja yang dinaiki dua mangsa dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

“Akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera di bahagian kepala dan tangan,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.