fbpx
Now Reading
Polis Siasat Kes Kemalangan Tular Antara Honda City & Superbike

Polis Siasat Kes Kemalangan Tular Antara Honda City & Superbike

Terdahulu, video berdurasi dua minit 35 saat itu menjadi tular apabila berlaku pertengkaran di antara penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu kereta selepas kemalangan di Lebuh Raya Karak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Disember), tular di platform Twitter (X) mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dan Motosikal Jenis BMW S1000RR di Lebuh Raya Karak.

Ia menjadi tular apabila sikap pemandu kereta Honda City itu yang dilihat seolah-olah menyalahkan dan menengking penunggang motosikal terbabit sebagai punca kepada insiden itu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan berlaku pertengkaran mulut di antara mereka dan ia turut dileraikan oleh ibu bapa pemandu kereta Honda City tersebut.

Polis Jalankan Siasatan Berhubung Insiden Berkenaan

Terbaharu, polis mula menjalankan siasatan berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dan pemandu kereta berkenaan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, kemalangan berkenaan berlaku di Kilometer 22, Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pada 26 Disember, jam 12.20 tengah malam.

Ketika kejadian, penunggang motosikal terbabit datang dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi kejadian, lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikalnya melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta yang mengubah laluan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

“Kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun berhenti di tepi jalan bersama penunggang motosikal tersebut lalu tercetus pertengkaran antara mereka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, penunggang motosikal dan pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohon Kerjasama Orang Ramai Salurkan Maklumat

Tambah Noor Ariffin, kemalangan tersebut kini disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59 dan pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian berkenaan untuk menyalurkan maklumat sekiranya ada.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222,” katanya lagi.

KENYATAAN MEDIA Gombak, 26 Disember 2023 – Video Tular Kemalangan Melibatkan Sebuah M/Kar Dan Sebuah M/Sikal Di KM 22,…

Posted by Polis Daerah Gombak on Wednesday, 27 December 2023

Terdahulu, pertengkaran di antara dua individu terbabit tular menerusi video berdurasi dua minit 35 saat di platform Twitter (X).

Kedua-duanya dilihat saling berlawan mulut hingga pertengkaran itu terpaksa dileraikan oleh kedua ibu bapa pemandu Honda City berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.