fbpx
Now Reading
Suami Pukul Isteri Hanya Kerana Tutup Pintu Rumah Dengan Kuat

Suami Pukul Isteri Hanya Kerana Tutup Pintu Rumah Dengan Kuat

Menurut PDRM, hasil pemeriksaan dilakukan mangsa alami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada tangan kanan dan juga jari tengah di bahagian sebelah kanan dan kaki kanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap tahun pasti ada sahaja kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan berlaku.

Malah mana-mana pihak yang berdepan dengan keganasan rumah tangga perlulah tampil untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa demi melindungi diri sendiri.

Lelaki pukul isteri berang tutup pintu kuat

Baru-baru ini seorang lelaki telah bertindak memukul isterinya hingga cedera selepas wanita berkenaan menutup pintu rumah dengan kuat.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di Taman Maju Jaya, Ampang Jaya, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.

Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam mendapat laporan berhubung kes tersebut kira-kira jam 2 pagi.

Awalnya berlaku salah faham sebelu suspek pukul dengan tangan hingga cedera

Jelas Mohd Azam, isteri suspek yang berusia 40 tahun memberitahu berlaku salah faham antaranya dengan suami sebelum lelaki berkenaan memukulnya.

“Semasa bertengkar, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan menyebabkan wanita itu mengalami sakit dan lebam di bahagian tangan, kaki dan badan,” ujarnya.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak pegawai perubatan di Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada tangan kanan serta jari tengah di bahagian sebelah kanan serta kaki kanan.

Suspek ditahan dan akan direman hari ini

Ekoran daripada laporan yang diterima pihaknya, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya kemudiannya bertindak menahan seorang lelaki berusia 45 tahun pada jam lebih kurang 5.25 petang, 2 Januari.

“Suspek ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat. Suspek tiada rekod jenayah lampau dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Punca kejadian bermula kerana tidak berpuas hati apabila mangsa menutup pintu dengan kuat dan kemudiannya berlaku pertengkaran. Ini juga kali pertama suspek memukul isterinya.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kepada kesalahan boleh tangkap.

Suspek akan dibawa ke Mahkaman Ampang pada hari ini (3 Januari) untuk permohonan reman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.