“Nasib Ada ADAS” – Proton X50 Berjaya Elak Kemalangan Selepas Saga Terlepas Simpang Berhenti Mengejut [Video]

Di zaman ini, kebanyakan kenderaan model baharu sudah dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan untuk membantu pemandu sekiranya berlaku sebarang insiden yang tak diingini.

Malah, ada sesetengah sistem teknolgi keselamatan yang canggih mampu mengawal kenderaan dengan sendirinya.

Tular rakaman Proton X50 Flagship berjaya elak kemalangan kerana ADAS

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan sebuah Proton X50 TGDi Flagship berjaya mengelak daripada berlaku kemalangan dengan bantuan ciri keselamatan ADAS (Advanced Driving Assistance System).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eazyizzudin, pemilik kereta terbabit yang dikenali sebagai Izzuddin berkata bantuan ADAS menyebabkan kenderaannya membrek dan mengawal steering dengan sendirinya.

“Aku dekat belakang dah gelabah dan ‘blur’. Hampir langgar kereta keluarga, nasib ada AEB (Autonomous Emergency Braking) dan ADAS auto elakkan pelanggaran kereta.

“Bergolek kitorang dalam kereta. Serius masa ini dah reda kena langgar. Alhamdulilah syukur ada EAB/ADAS Proton X50 Flagship. Tahu-tahu steering bergerak sendiri dan brek kecemasan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku ketika 1 Syawal tahun lalu (22 April 2023) di Lebuhraya PLUS menghala ke utara, namun baru dimuat naik semalam (11 April) sebagai pengajaran dan iktibar.

Kejadian berpunca kerana Proton Saga ‘reverse’ di lebuh raya akibat terlepas simpang

Menerusi video tersebut, kejadian terbabit berlaku selepas sebuah Proton Saga (Saga Kebal) berwarna hitam berhenti di lorong kiri lebuh raya terbabit dan berundur ke belakang dipercayai kerana terlepas simpang susur keluar.

Tindakan pemandu Proton Saga terbabit menyebabkan sebuah Honda HRV di belakang yang dipandu adik Izzuddin terpaksa berhenti secara mengejut.

@eazyizzuddin

Satu situasi cemas baru berani buka walaupun sudah setahun berlalu. Berlaku pada Hari Raya Pertama Tahun 2023. Ini untuk pengajaran dan iktibar supaya lebih berhati-hati waktu akan datang. Details dah story dekat video hehe. Syukur Alhamdulillah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Lokasi : Highway Ipoh ( menuju Utara ) Tarikh : 22/April 2023 ( 1 Syawal ) #ProtonX50 #X50 #Proton #Adas #Aeb #Raya #HariRaya #Nervous #Alhamdulillah

♬ original sound – eazyizzuddin – eazyizzuddin

Ramai puji sistem ADAS Proton X50 Flagship

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sistem ADAS yang terdapat pada Proton X50 Flagship terbabit.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga mengecam tindakan Proton Saga berkenaan yang mengundurkan kenderaan daripada bergerak ke hadapan dan mencari susur keluar lebuh raya yang lain.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

13 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

13 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago