ASUS Perkenal Vivobook S 16 OLED & S 14 OLED Dengan Ciri ‘Copilot Key’ Khusus Untuk Eksplorasi AI

ASUS Malaysia hari ini (18 April) telah memperkenalkan model terbaharu bagi barisan Vivobook S iaitu ASUS Vivobook S 14 OLED yang memiliki skrin bersaiz 14 inci dan Vivobook S 16 OLED (skrin 16 inci).

Siri laptop ASUS vivobook S terbaharu ini direka khusus untuk individu yang menginginkan sebuah laptop yang nipis dan ringan namun menjanjikan gabungan gaya, prestasi dan ciri-ciri yang berkeupayaan kecerdasan buatan (AI).

Tawar paparan ASUS Lumina OLED, beri pengalaman visual yang menakjubkan

Kedua-dua laptop ini menawarkan pilihan paparan ASUS Lumina OLED yang mampu memberikan visual realistik dengan resolusi minimum 3K dan rentang warna (gamut) DCI-P3 100%.

Bagi kadar segar (refresh rate) pula, Vivobook S 16 OLED menyokong 120Hz manakala Vivobook S 14 OLED sehingga 60Hz.

Bukan itu sahaja, ASUS Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED ini juga menampilkan paparan 16:10 yang menakjubkan dan menyediakan pengalaman visual luar biasa.

Rekaan estetika moden dengan reka bentuk logam yang nipis dan ringan

Dari segi rekaan pula, kedua laptop ini menampilkan estetika moden dengan reka bentuk logam.

Laptop ini juga menampilkan logo yang menawan dan boleh didapati dalam dua warna kontemporari selain memiliki ketahanan MIL-STD 810H.

Papan kekunci ErgoSense ASUS kini menawarkan pencahayaan RGB yang boleh disesuaikan, manakala touchpad ErgoSense yang luas menambah baik pengalaman pengguna.

ASUS Vivobook S tawar pemprosesan Intel Core Ultra yang terkini

Dari segi prestasi, siri laptop ASUS Vivobook S ini tidak kurang hebatnya, dengan pemproses Intel Core Ultra terkini, grafik Intel Arc™, sehingga 32 GB RAM LPDDR5X, dan SSD PCIe® 4.0 1TB, pengguna dapat mengharapkan prestasi tanpa kompromi untuk pelbagai tugas, termasuk permainan, penciptaan kandungan, dan aplikasi AI.

Laptop ini juga mempunyai fungsi ASUS Memory Allocation Management yang membolehkan pengguna menyesuaikan kapasiti memori untuk meningkatkan prestasi penggunaan.

Ada butang khas (Copilot key) di papan kekunci untuk akses AI

Bercakap tentang AI pula, satu ciri yang paling menyerlah bagi kedua-dua laptop ini adalah kekunci ‘Copilot’ yang membolehkan pengguna mengakses AI Windows 11 dengan hanya menekan satu butang di keypad.

Kedua-dua siri laptop ASUS Vivobook S ini turut menyediakan pelbagai pilihan penyambungan untuk memastikan ia sentiasa boleh disambungkan dengan peranti luaran.

Kamera AiSense ASUS tingkatkan kualiti panggilan video

Kamera AiSense ASUS yang ada pada Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED dapat meningkatkan kualiti panggilan video, selain teknologi AI noise-cancelling dapat mengurangkan kebisingan latar belakang ketika sedang berbual secara dalam talian.

ASUS Vivobook S 14 OLED dan S 16 OLED juga memberi keutamaan kepada pengalaman pengguna dengan ciri-ciri seperti engsel 180 degree yang boleh dilipat, kamera IR dengan penutup fizikal dan audio Dolby Atmos daripada speaker stereo yang disahkan oleh Harmon Kardon.

Harga dan pilihan warna

Bagi harga pula, ASUS Vivobook S 14 OLED boleh didapati bermula RM4,399 dan RM4,699 bagi Vivobook S 16 OLED dengan dua pilihan warna iaitu ‘black’ dan ‘mist blue’.

Untuk mereka yang mahukan ‘perfomance’ yang lebih, ASUS Vivobook S 16 OLED juga menawarkan varian tertinggi iaitu 16 GB LPDDR5X RAM and 1 TB saiz storan pada suku kedua 2024.

Secara keseluruhan, laptop siri ASUS Vivobook S ini menawarkan gabungan yang menarik antara gaya, prestasi, dan ciri-ciri yang berkeupayaan AI, menjadikannya pilihan yang ideal untuk setiap golongan.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi ASUS Malaysia atau media sosial rasminya.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

6 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

11 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

11 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

11 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

12 hours ago